Monday, November 12, 2012

Pertandingan Tiup Belon Sampai Pecah

Hihihi bila tengok gambar ni teringat pula krole situasi pertandingan ni tadi. Hari ini krole menemani isteri ke sekolah? aik? bukan dah mula cutikah? sebenarnya pihak sekolah kat tempat isteri krole mengajar mengadakan pertandingan sukaneka diantara pelajar bagi mengisi hari-hari cuti sekolah ni. Dalam banyak-banyak acara yang diadakan hihihi, acara "tiup belon sampai pecah" ni yang krole paling minat sekali. Waktu acara ni berlangsung pergh!!! boleh kata semua ibu bapa dan tetamu yang datang berkumpul ke tempat acara tersebut. Waktu tu krole rasa seperti sedang melihat pertandingan bola di stadium bukit jalil pula? nak tahu kenapa? mana taknya krole kata macam tu, sewaktu acara ini berlangsung pergh!!! semua penonton bersorak bagai nak rak!!! ada yang siap buat "wave" lagi hahaha!!!.

Bagi ibu bapa yang anaknya menyertai acara ini pula pergh!!! bersorak macam anaknya sedang mengikuti pertandingan antarabangsa saja hahaha!!! tapi biasalah kan? ibu bapa mana yang tak nak tengok anaknya menang!!! yang "happening" adalah golongan ibu hahaha!!! bila bersorak tu rasanya boleh satu kampung dengar. Ada yang siap bagi tips lagi "zila!!! cubit belon tu!!! baru cepat meletop!!!" hahaha!!!. Memang seronok o0o0!!! yang sayangnya krole tak sempat ambil gambar banyak-banyak kerana sibuk ketawa guling-guling kat belakang waktu ni hihihi, bila krole dah perasan acara dah habis pula, ala~ oklah happy blogging semua.




p/s : POP!!!

4 Komen:

shaiful zaidi said...

seronok main tiup belon ni... yg penting belon mesti pecah...hehehe

caliph shuriken said...

wktu zman skolah tadika dulu pnah jgak main cmni, hikk...

krole said...

shaiful : hahaha tol bro best o0o0o0~

caliph : hihihi msti terkenangkan caliph~

luqman zakaria said...

tiup belon nih ngeri bagi aku,,,silap2 bengkak bibir kalau belon meletup..hahah