Sunday, November 4, 2012

Rombongan Merisik

Sebenarnya entry ini krole nak update semalam tapi disebabkan masa yang terlampau cemburu dengan diriku ini terpaksalah krole tangguh untuk entry hari ini yeah!!!, semalam krole menjadi salah seorang ahli rombongan merisik untuk abang sepupu krole hahaha!!! tapi rombongan je tau, bukannya rombongan yang terlibat balas-balas pantun tu, kalau tu memang krole tak reti. Gambar kat atas ni kita orang tengah berkumpul agar dapat bertolak bersama-sama mengikut susunan yang telah di aturkan oleh golongan veteran dalam keluarga kita orang hihihi. Waktu nak ambil gambar ni sempat lagi adik kesayangan melambaikan tangan ngeee (bukan nampak pun). 

Sewaktu tiba di lokasi yang hendak dituju iaitu Kg. Lajau, Beaufort, majlis pembacaan doa selamat dijalankan sebelum bergerak berjalan kaki ke rumah tunang abang sepupu krole tu. Tapi gambar kat atas ni macam lain pula dia orang buat? hahahaha!!! ia lah koranglah paling hensem di kampung ni miahahaha!!!

Tibanya di perkarangan rumah tunang abang sepupu krole tu alhamdulillah kita orang di sambut dengan mesra, "sekali orang layan kita dengan baik, sepuluh kali kita balas" begitulah pesanan ayah krole dahulu... sampai sekarang krole tak lupa.

Yah!!! inilah waktu yang paling meriah dan riuh semalam, iaitu waktu berbalas pantun, bergurau senda, bincang itu... bincang ini... hihihi krole jadi tukar gambar je. Cuba lihat orang yang bersongkok dan berbaju biru dalam gambar tu, itulah ayah krole~

Waktu ni pula adalah dimana ibu abang sepupu krole menyarungkan cincin pertunangan kepada tunang abang sepupu krole tu (aduh!!! macam lain je ayat krole ni, harap korang faham), oklah... diringkaskan cerita hahaha!!! lepas ni adalah sesi makan-makan so tak sempat krole nak ambil gambar sebab sibuk makan waktu tu, so doakan terbaik untuk diaorang ni ya, happy blogging semua.



p/s : happy~

14 Komen:

Unknown said...

tahniah utk dia....klu konvoi ngan kereta 2 modified pon lagi best nih hahaha

Penulis Rindu said...

Salam krole...pe khabar. Ye

Pemikir said...

Tahniah dari www.suarapemikir.blogspot.com

ASSOYFINGER67 said...

patutlah tak amik gambar....syiok makan yer hahaha

Yaya Mohd said...

wahh merisik je kan ni? dgn tunang sekali? meriahnyer... ^_^

iAmCekbolat said...

berbalas pantunn . wahhh

boni kacak said...

wah... aku pernah ikut sekali je rombongan merisik ni.masa kawan aku merisik awek dia.. memang best sebenarnya ada pengalaman macam ni kan..

dariilhamkehati said...

dpt makan sampai tak sempat nak cnap .. dahsyat ... hehehe ~ terujanya tgk owg bertunang , krole bile lagik ??

Shaiful Zaidi said...

ingatkan merisik utk krole...bila agaknya?

syiela said...

tahniah... nak tanya krole pulak bila lagi :)

Unknown said...

Hehe..^^ tengok perempuan time pasangkan cincin, mcm malu2 jer..kikiki..=)

s h a said...

mula2 tengok tajuk ingatkan rombongan krole. :) okayla tu dapat pengalaman.

krole said...

thanks all..but for the record..krole da kawin r~hihihi

s h a said...

haala kn.krole dah kawen.silap2.sowi krole. :)