Tuesday, November 20, 2012

Mak Mertua Kurang Sihat

Hari ini krole dan mrs. krole pergi ke hospital kuala penyu (seperti gambar diatas hihihi), nak dijadikan cerita sebenarnya mak mertua krole tak berapa sihat sekarangni dan beliau disahkan mengalami masalah pada hempedu, kalau orang kampung kata "hempedu berbatu". So hari ini  boleh kata dari pagi sampai ke petang krole berada di hospital saja bersama keluarga, kerana menunggu pemeriksaan mak mertua krole. Hm... risau juga sebab setelah disahkan oleh doktor tadi... doktor kata mak mertua krole diwajibkan untuk menjalanni pembedahan untuk membuang hempedunya bagi mengelak sakit tersebut merebak atau menjadi teruk? pergh!!! serius beb!!! terkejut juga krole sekeluarga bila dengar doktor kata macam tu? yang krole lebih kasihan bila terlihat muka mak mertua waktu tu, memang takut sangat.

Nasib baiklah mrs. krole dapat tenangkan mak tadi, dan setelah keadaan kembali normal... doktor pun menyambung tentang apa yang hendak disampaikannya. Rupa-rupanya kes ini baginya adalah biasa dan menurut kata doktor tu sekiranya pembedahan ini dibuat langsung tidak ada kesan sampingan atau apa-apa masalah pun. Tapi untuk kepastian krole dan keluarga mohon budi bicara doktor tadi agar membuat sepucuk surat agar mak mertua krole di periksa di hospital pakar iaitu di hospital queen elizabeth Kota Kinabalu. Alhamdulillah doktor setuju, insyallah sekiranya tidak ada halangan hari khamis ni krole kena temankan mak mertua ke Kota Kinabalu untuk pemeriksaan tu, sekiranya keputusan pemeriksaan disana menyerupai keputusan di Kuala Penyu ni, so mak mertua krole akan "confirm" dibedah. "ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah kekuatan kepada mak mertuaku, permudahkanlah urusannya, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya, amin". 



p/s : amin~

11 Komen:

Crack said...

Semoga Mak Mertua Krole cepat sembuh! ^_^

krole said...

crack : thanks crack..insyallah, amin~

CekbOlat-bOlat said...

semoga beliau baik baik saja :)

deqjamucuxx said...

insya allah kesihatannya bertambah baik :)

deqjamucuxx said...

tuto link within tu --> link dia, deqja buat ikot tuto ni. moga berjaya

http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/06/tutorial11buat-related-post-jamin-cun.html

cweet pinky said...

amin , semoga semuanya selamat eyh :)

cweet pinky said...

rajen jugak la dah orang jemput ...:D

diana said...

mujur ada menantu baik hati..sekurang2nya kalau ada anak menantu sama kurang la sikit beban sakit dia tu..kan??semoga dia tak apa2 la..

krole said...

bolat : thank ye wak~

deqja : thanks wak..wuah!!! thanks yew~

cp : thank yew wak~

diana : tanggungjawab wak~thanks yew~

Anonymous said...

Wοnderful bеаt ! I would lіkе
to appгentice ωhile you amenԁ уour webѕite, hοw
can i subscrіbе fοr a wеblog websіte?
Τhе acсount hеlped me a аcceptаblе deal.
I haѵе been a little bіt аcquainted of thiѕ уour broаdcast offeгed
vіbгant clear cοncept
My web site > http://Phitter.com/stepaniehr

Mummy Adriana said...

Semoga cepat sembuh! Ehhh hospital kuala penyu dekat mana tu? first time dengor ni :) hihi