Thursday, November 8, 2012

Bila Kita Lalai

Hari ini krole dan isteri tersayang pergi ke Kota Kinabalu, ceritanya krole nak pergi mendaftar untuk mengikuti kursus, alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya hari ini, walaupun adalah dua tiga kali sesat jalan hahaha!!! nama saja anak sabah tapi boleh sesat di negeri sendiri miahahaha!!!, ok-ok berbalik kepada topik hari ini (chee), harini krole bukannya nak berkongsi cerita tentang kursus tu, apa yang krole nak cerita adalah berkenaan perlunya kita beri tumpuan penuh sewaktu memandu, pergh!!! kalau cerita pasal memandu ni komfirm lelakilah rajanya hahaha!!! macam-macam stail ada dalam pemanduan, supaya nampak cool katakan.

Cool... cool juga... cuba tengok gambar kat atas tu, hah!!! gambar tu isteri krole ambil sewaktu kitaorang balik dari Kota Kinabalu, pergh!!! lori masuk parit beb!!! diulangi LORI MASUK PARIT!!!. jarang sekali boleh tengok pemandangan seperti ini, nasib baiklah isteri tersayang cepat mengapai handphone dan mengambil gambar. Diringkaskan cerita rupanya pemandu lori tu tengah bertelefon sewaktu memandu hah? itulah kan? jaguh... jaguh juga. Benda ni bila tak jadi tak apa ... tapi kalau dah jadi, pergh!!! dahlah diri sakit... poket pun turut sakit, korang faham-fahamlah kan? nasib baiklah tak ada kereta lain yang terlibat, kalau tak pergh!!! komfirm lagi panjang ceritanya. So bagi pemandu-pemandu diluar sana... berhati-hati ketika memandu ya, happy blogging semua.



p/s : hati-hati~

6 Komen:

Cik Kema said...

dekat area mana ni? kalau dekat kundasang memang selalu..

caliph shuriken said...

klau drive sambil guna hset mmg bahaya kt org lain jgak...

lydiamiza said...

Bahaya kalau bertelefon smbl memandu kan wak

Inilah Aku said...

uih.. sampai terbalik ha....

Mummy Adriana said...

mintak dijauhkan dari eksiden! ngeri :(

krole said...

tau takpe u all...so kena amik ikhtibar..pastikan tak berlaku ke atas diri kita~