Saturday, September 14, 2013

Contest Blogger : Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

Apa kata blogger tentang trafik blog? blogger pun kata "hm... lampu trafik kot? hahaha!". Ok! itu hanya gurauan geli-geli je ya... jangan marah hah nanti kena jual. Ok! pertama sekali... trafik blog ni langsung tidak ada kaitan dengan polis trafik, lampu trafik, trafik jam, dan yang sewaktu dengannya. Trafic blog ini boleh dikatakan sebagai aliran masuk harian pengunjung ke blog anda. Kalau korang nak periksa... masuk je ke akaun blogger korang tu dan tengok kat dashboard tu... hah! nampakkan?.

Bagi krole... trafik blog ni amat penting kepada seseorang insan yang bergelar blogger. Siapa yang tak nak trafik blog yang tinggi kan? kalau tanya satu-satu mesti semua jawap ya punya... kalau ada yang jawap tidak.... sila delete blog anda hahaha!. Melalui trafik blog seseorang blogger boleh melihat samada blognya dapat memberi impak yang luarbiasa kepada pengunjung (pembaca blog), kalau ramai tu... hah! itu kira oklah tu... kalau rasanya kurang trafik tu, hm...  kena buat penambahbaikkanlah jawapnya.

Sebenarnya banyak cara untuk kita naikkan trafik blog ni contohnya.

1. Blogwalking : 
Ya! cara ini amat top sekarang dikalangan blogger... tak update entri sehari pun boleh dapat trafik menggunung tingginya... yang penting kena ada shoutbox atau cbox kat blog. Lepas tu kena rajin ke blog rakan-rakan untuk meninggalkan link blog anda di kotak jerit mereka.

2. Rajin komen diblog popular :
Hahaha! ok! kaedah ni memang selalu krole guna dan amat berkesan... kat blog popular paling kurang setiap entri diorang boleh dapat ratusan komen, so korang rajin-rajinkan diri untuk komen diblog-blog yang anda rasa popular... manalah tahu tiba-tiba si pengomen terklik link komen anda... hah! kan dapat kawan baru... otomatiknya dapat 1 trafik tambahan.

3.  Bermain dengan SEO :
Ok! bab ni krole pun tak berapa reti sangat tapi... melalui pemahaman diriku, ia bersifat seperti membuat entri yang mesra dengan engin pencarian contohnya seperti google search. Cuba buat banyak entri-entri yang bersifat info, ilmu, tips, dan yang sewaktu dengannya. InsyaAllah... kalau bukan sekarang satu hari nanti entri itu yang membantu dalam meningkatkan trafik blog korang. Ok! contohnya seperti entri "tips hilangkan jerawat" hah! rasanya entri begini ramai yang cari kan?.

Rasanya itu saja yang dapat krole ceritakan... senang cerita trafik ni penting bagi sesebuah blog, tanpa trafik ibarat blog tu syok sendirilah. So marilah kita sama-sama berusaha untuk menaikkan trafik sampai ke bintang yeah!.

Nak join contest ni? sila klik sini

Tarikh pertandingan ialah : 30 Ogos - 15 September 2013 
 Hadiah Pertandingan : 
 Tempat pertama : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri 
Tempat kedua : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri 
Tempat ketiga : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
 Referral terbanyak : RM50 seorang x 5

 Syarat - syarat pertandingan :
-Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog? Masukkan link laman web ini di dalam contest itu. 
-Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini. 
-Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.



p/s : harap menepati syarat dan menang yeah!

13 Komen:

luqman zakaria said...

teringin jgklah..tp tgk mod dulu..kala rajin join..hehe

puteri airyn said...

Wah.. hadiah menarik.. Tapi tak dak idea plak nak menulis tentang tajuk ni.. Huhuhu.. Otak dah kering kontang plak..

BUNDA a.k.a KN said...

bunda setuju dengan krole...menarik hadiah2 nya..

Norhasniza Khalid said...

mama pun setuju, tapi bab seo mama blur... hihi

luqman zakaria said...

krole..contest ini sebenarnya dah tamatlah..pemenang pon dah diumumkan...contest terpaksa ditamatkan awal sbb penganjur ade kerja yg perlu diselesaikan

krole said...

hahaha! disaat ini aku ingin mengumumkan bahawa diriku malu tahap cipan kerana join kontest yang da selesai...siap dah umum nama pemenang g...adus...kurang alert krole...smpai tak perasan tadi...takpa..jadikan pengalaman untuk masa akan datang~ tq bro arep sebab gtau krole~

syuk shusuke said...

hahaha, takpe bro krole. janji info yang kau kasi tu masuk kepala pembaca :D

Cikgu Norazimah said...

hahaha ! buat lawak le bro..tapi tips tu mmg berguna ! CN punya entry ttg tips penjagaan kulit wajah jadi carian top dekat google..hehe

Mieza Jhaa K said...

ketiga-tiganya sy dah praktikkan..memang betol krole..wauu bestnya contest ni..mengembangkan otak nak fikir jawapan..ahahha

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga berjaya krole.. alamak, hari ni dah last.. tak dapat la aiza nak join..

siti zahara said...

klu ada masa yg molek.. blehla zara terjah2 klu tak ..tak dapek lah..hehehe
semoga berjaya ye krole..=D

Fizi Zaidi said...

x der rezeki bro..mungkin ada rezeki yang lebih besar..insya-Allah :)

S.K.A said...

he3 sbar la bro =) yg pntg dh cuba kn..jnji blogger2 bru dpat info dr otai..terbaik!!