Thursday, September 26, 2013

Wujud Lagi Benda Macam Ni

Assalamualaikum semua... agak sibuk kala ini... walaupun sibuk, tak sanggup rasanya hati nak abaikan blog kesayangan ni tanpa berupdate hihihi (tegar tak?). Ok! mari rapat sikit dengan krole... nak cerita ni... korang pernah tak dapat "Mesej Berangkai" hm... maksud krole mesej yang kalau kita tak hantar kepada 15 orang akan mendapat nasib malang. Bukan apa... pagi tadi krole dapat mesej macam tu, pergh! tersenyum seorang diri krole... kalau boleh nak gelak guling-guling tadi hahaha!. Mesej tu kata kalau krole tak sebarkan pesanan tu kepada 15 orang kawan krole... nasib malang akan menimpa.

Aduh! wujud lagi benda macam ni ya... ada juga orang yang percaya benda tahyul mahyul ni. Dahlah krole tak kenal nombor pengirim mesej tu, bila krole call dia tak angkat aik? boleh pula macam tu ya?. Sebenarnya benda macam ni tak patut kita percaya, dah tahu Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya... boleh pula takut mesej tu ya... aduh! secara tak langsung benda ni boleh mengundang perbuatan syirik (menduakan Allah) samada langsung atau tak langsung. So kena hati-hati sikit dalam tiap perbuatan... Oklah! rasanya tu je yang mampu krole cerita buat masa ni so happy blogging semua.


p/s : pernah juga dapat mesej macam ni dulu... kalau tak sebarkan akan mati... amboi~

11 Komen:

Vee Lea said...

Byj sudah mcm ni. Ignore saja, manusia dgn Tuhan, kuasas siapa lebih besar? =)

Aku Penghibur said...

mungkin ada yang takut tu .. itu yang di hantar saje.. acik abaikan saje

Mama said...

mama pun dapat jugak krole... mama abaikan... malas nak percaya bukan-bukan...

luqman zakaria said...

dulu selalu gk la dpt..tp skg nih rasenya dh xde kot.

Hazmin Hamudin said...

Dulu ada jugak yang taksub dan layan benda-benda ni. Yang takut pun ada kalau tak hantar kepada orang lain. Haha. Lawak pulak rasa. saya dulu kalau dapat buat tak tahu je. Malas nak layan.

Shark Kay said...

Ada lg ke.
Dh lm shark x dpt ni.
Ingtkn dh x laku.
X sangka ada lg org pcaya.
Maybe org br dpt handfon kot tu.

S.K.A said...

ada lagi ye..kalau ambe, mmg xpcaya..kn Allah yg tntukan semua 2..kalau sy delete je..mcm bro krole kata, bimbang syirik je

el said...

pernah gak dpt msg berantai ni
dulu ada gak buat antar msg2 tu tp skun ada ku kesah..lantak lah nak jd ape..betul tu percaya mende2 mcm ni xmasuk akal kan..

cweet pinky said...

dulu CP pernah dapat jgak and pernah sebarkan jugak tapi mase tuh budak2 sekolah lagik , tak mustahil yang bagi kat krole tuh pown budak sekolah , ehehehe ~

tapi tak semestinya , yang dah habis sekolah pown ade duk percaya lagik ...

Fizi Zaidi said...

sekarang nie dh x dpt dh msj cam tu..:) mula2 tu rasa bersalah juga dpt msj tu..lama kelamaan abai kan je..hehe
Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

Mieza Jhaa K said...

hHaha...mujur hidup lagi sampai skrg..pelik betol..sapa la yg dpt idea gong mcm tu..