Friday, September 20, 2013

Kena Marah Sebab Tak Like Fan Page

Tersenyum seorang je krole tadi gara-gara seorang blogger ni. Tempat kejadian adalah laman sesawang muka buku, petang tadi sempat online facebook sekejap... so tengah online tu tiba-tiba masuk private message dari seorang rakan facebook a.k.a blogger yang baru krole kenal... Dia ajak krole untuk like fan page beliau yang baru ditubuhkan (amboi... ayat), so seperti biasa... krole ni kalau bab-bab like fan page ni memang tak berkira, support katakan hahaha!. Tapi... tak tahu nak kata macam mana? waktu krole klik link yang beliau berikan tiba-tiba line internet putus beb!.

Alamak! so terbantutlah hajat krole nak like fan page dia tadi. Krole plan... bila line internet dah ok, nak pergi ke fan page beliau dan terus like. Tapi... bila line internet dah ok... lain pula jadinya. Si beliau tadi menghantar mesej yang bukan-bukan kat krole. Kata krole ni sombonglah... blogger berlagaklah... blogger tak popularlah hahaha! terasa macam nak gelak guling-guling je waktu tu. Kenal pun baru sehari dua... Entri ini krole tujukan khas kepada beliau... jangan cepat sangat nak menilai seseorang tu... lepas tu bab like fan page ni bukan macam tu aturannya... kalau orang tak nak like sekalipun kita tak boleh nak paksa dan marah-marah begitu ya.

Krole tengok dari akaun facebook beliau pun... hm... rasanya krole ni 13 tahun tua dari beliau... aduh! adikku sayang... tak baik seorang muslimah berperangai begitu. Lain kali cuba tanya dulu ya... kan Allah dah anugerahkan mulut untuk kita so gunakanlah. Apapun terima kasih sebab beri pahala percuma kat krole dan entri ini bukan untuk memalukan diri kamu, cuma nak beritahu kenapa krole tak dapat like tadi. So happy blogging semua.


p/s : kebetulan cerita pasal fan page ni... so nak promote sikit, ini link fan page krole kat FB likelah kalau sudi~
 https://www.facebook.com/pages/Krolezone/154249414616996

17 Komen:

AbgferOz said...

amboihh.. adik ku sayang kunun.. hahah cumil ke tak cumil tuh ? hihihih..

senyum je :) kita slalu disajikan dengan pemikiran negative tuh yg bila silap sikit je org nak think negative..

Qarr Jalil said...

haih.. mcm2 dorang ni..

aku org like page ke tak.. tak kesa pun.. like dgn keikhlasan lagi bgus. hehe

puteri airyn said...

Ada jugak ek yang macam tu.. adoi lah jenis yang paksa pulak.. harap-harap Erin tak jumpa orang yang sebegitu..Hidup ni pun pilihan..Dalam Islam pun tak ada paksaan..

KongsiBlog said...

haha..tenet putus ..

Che Rosliza Che Mat said...

senyum sendiri..

luqman zakaria said...

benda benda nih memang akan jadi..sabar jerlah..haha

Wan Ahmad Izudean said...

pun ada jugak orang macam ni.. orang like kena la ikhlas, tak guna juga kan kalau paksa orang like..

abaikan je orang macam ni, kita nak buat macamana..apa pun jangan gaduh..hehe :D

Aku Penghibur said...

amboi kemain diva lagi ... hehehehe biaselah krole budak baru nak up

Vee Lea said...

Hahaha. Begitu pulakkkk.. Ya ampun..

BUNDA a.k.a KN said...

ermm.. macam2..

el said...

kahkahkahkah padan muka hang
tu lah suka sgt beri harapan..hehe
next time..kena warning dulu bg tau yg line tenet hang tu bkn leh percaya..kejap ok kejap idak..hahaha

xkose nak like fan hang..mcm hang femes sgt muahahahahaha

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

macam-macam orang la.. hehe..

sabree hussin said...

Lah macam-macam hal blogger muda belia nih.

like tu tak boleh nak paksa :-) tapi ada cara nak collect dia

by the way, jemput sertai mini contest di blog saya :-)

Norhasniza Khalid said...

tergelak mama baca, tak tahu lah, aish budak-budak ni, dia tak tahu ke kita umur "tua" dari dia.. hihi

S.K.A said...

mcm2 =) xpelh..biarkan je..yg pntg kita ikhlas..

Tetamu Istimewa said...

Macam tu pun boleh ya. Mana adab dan bahasa sebagai orang Melayu ni.

Mieza Jhaa K said...

boleh dia kata Krole mcm tu? mcm2 perangai..

ok dah like..ni saya punya https://www.facebook.com/pages/Mieza-Jhaa-K/497007700360038?ref=hl

hihihih