Saturday, September 21, 2013

Tak Payah Nak Beli

Pagi tadi ke rumah ayah... mula-mula tu niat krole sekeluarga hanyalah nak menjengguk, tiba-tiba ayah minta tolong bersihkan halaman kat belakang rumah. Pergh! semak juga krole tengok waktu tu... apa lagi... jawapannya merempitlah beb!. Tapi bukannya merempit ala-ala superman guna motorsikal tu ya... hahaha! kalau yang tu memang tak reti krole. Merempit guna mesin rumputlah hahaha!... setelah selesai membersihkan halaman tadi, terus lepak dengan ayah... sembang-sembang.

Tiba-tiba Mrs krole yang berada didapur memanggil krole "bang! mak suruh parut kelapa!". Oh! manis je suara tu... confirm "ya" jawapannya hahaha!. So lepak kupas kelapa dan membersihkan luar tempurungnya... aktiviti merempit dimulakan semula. Tapi kali ini merempit guna mesin parut kelapa tu, kat rumah ayah memang complete barang-barang macam ni. Waktu kupas kelapa tu... terfikir juga krole... kat rumah macam dah tak ada stok santan ni... so krole kupas lebih sikit. Seronok duduk kampung ni... benda-benda asas macam ni tak payah nak beli... dahlah freash kan... oklah... happy blogging semua.



p/s : terima kasih ayah dan mak~

15 Komen:

Aku Penghibur said...

wahh rajin betul krole :) mesti jadi menantu dan anak kesayangan mak ayah mahupun mak ayah mertua :)

Norhasniza Khalid said...

betul tu, kat kampung senang je nak dapat.... hihi

damalkamis said...

Duduk kat kampung, janji rajin dan usaha

PakcikLie PCL said...

pernah guna pemarut kelapa mcm tu masa nak masak lauk kenduri gotong royong....waa bergegar beb ! hehee

Vee Lea said...

Seronnnok la geng merempit guna pemotong rumput. Hahaha. Boleh buat race ni len kali ;D Skrg susah mau cari barang mcm tu, semua sudah advance. Kesian kami generasi muda tak dpt rasa pakai benda tuu. Huhuu.

Jacky Juing said...

nak kena belajar nih kupas kelapa cara lama.. kalau tak bila mentua suruh tak lah mengelabah hahah..

Salam Kenal...
www.pengerindu.com

el said...

alahhh takat rempit parut kelapa pakai mesin apa barang dow..tgk wa..rempit parut kelapa pakai kukur kelapa tu ha..siap bertengek wa parut kelapa ala2 perempuan melayu terakhir..lu boleh?hahahaha
wa dari kupas kepala..kupas kelapa..belah kelapa..parut kelapa smpi masak gulai semua dr A-Z..mmg terelah dow..hahah abis dah wa ni org kampung..mmg hal2 sedemikian mak pak wa dah ajo..org ssh dulu2..la ni still buat mcm tu lagi..sbb xyah beli santan kat kedai..aje nak santan kait buah kelapa kupas byk2..nak santan parutnye sonang kan hehehe

alamak mcm bgs..oklah kbai

smbotak said...

Cili, kunyit, halia, lengkuas, daun kesum, daun pandan... pun mesti ada jugak. Duduk bandar, nak guna serai sebatang pun terpaksa beli.

Qarr Jalil said...

dalam hidup.. saya tak pernah pun merempit kat dua2 mesin tu..

sedih kan..

btw.. about vector kereta tu.. bro PM kat fb saya bleh? or fb page saya. tq :)

Che Rosliza Che Mat said...

rajinnya awak...saya takut guna mesin parut kelapa....takut kena tangan hihihi

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

betul tu krole.. semua boleh dapat dengan mudah.. nak guna petik je kat depan atau belakang rumah..

BUNDA a.k.a KN said...

zaman bunda masa remaja dulu masih gune penyagat dan kukur kelapa...kadang2 sampai luka2 jari jemari..

S.K.A said...

he3 btol tu bro =) duk kt kg..best merempit..mcm2 bnda boleh bawak..keh3..awat parut klapa xlicin 2?? kalau ambe cnfirm xnmpak putih2 2..he3

Tetamu Istimewa said...

Untung kalau ada pokok kelapa sendiri. Boleh jimat.

Mieza Jhaa K said...

Haha..mr.k xpandai parut kelapa..sy jgk yg kena..tp biasa beli santan je..