
Tengok tajuk tu pergh!!! memang dah pasrah gila. Hari ini kasihku telah pergi meninggalkan diriku, argh!!! selama ini kemana krole pergi mesti dia akan turut serta tak kira waktu, hujankah? panaskah? kitaorang selalu bersama. Banyak kenangan yang kami bina bersama, tapi hari ini krole terpaksa melepaskannya. Walaupun hanya untuk seketika pergh!!! terasa juga dengan pemergiannya hari ini. Macam manalah krole nak meneruskan hidup selepas ini? aik? mesti ramai yang pelikkan??? kenapa krole pasrah tiba-tiba ni???

Ayat kat atas tu saja buat suspen krole harap korang jangan marah ya hehehe ok begini ceritanya. Pagi tadi krole pergi ke lapangan terbang LCCT untuk menghantar motor kesayangan krole ni balik ke sabah, dalam banyak-banyak barang krole kat sini, ini je yang krole tak dapat nak jual? banyak sangat kenangan dengan motor ni tak sanggup nak jual. Lagipun inilah kenderaan pertama krole yang beli guna duit sendiri pergh!!! walaupun motor krole tetap bangga hehehe.

Inilah rupa kesayangan krole ketika sedang ditimbang beratnya bagi mengetahui kos untuk penghantaran ini? tak sangka motor krole yang ramping ni boleh mencecah 108kg pergh!!! berat juga ya, tapi setelah uncle penimbang tadi buat kiraan serta memberi "diskaun kawan-kawan" akhir sekali kos yang krole perlu bayar untuk penghantaran ini adalah sebanyak RM620 wuah!!! nasib baiklah dapat diskaun kalau tak boleh sampai RM700 juga katanya, betul atau tak... tak tahulah krole janji dah setel.

Beginilah rupa owner yang kesedihan kerana motornya sudah terbang balik ke sabah? hehehe macam tak sedih pun kan??? hahaha!!! krole sedih bukan apa... motor balik kampung awal dari tuannya hihihi... Oklah krole ni pun nak sambung kemas-kemas barang, so happy blogging semua.
p/s : uwah!!!