Friday, November 25, 2011

Senangnya Dalam Hati

Oh senangnya dalam hati kalau beris... ups kalau krole habiskan lagu tu rasanya sampai periuk belanga ni kat kepala hahaha! hari ini krole gembira sangat hehehe nak tahu kenapa? krole ada mohon cuti hari itu untuk bulan disember ni, alhamdulillah memang rezeki krolelah katakan, cuti krole dah lulus tadi pergh! macam nak melompat-lompat je tadi depan pegawai heee~ walaupun tarikh nak balik tu masih jauh tapi krole gembira sangat-sangat. Dapatlah krole balik kampung berjumpa dengan isteri tersayang, terlampau rindu sangat. Sekarangni boleh kata hanphone ni melekat je 24 jam dengan krole hinggakan ada dua tiga orang member tu naik menyampah hehehe... lantak koranglah nanti bila korang dah kahwin korang fahamlah perasaan krole, memang susah bila duduk jauh dengan isteri ni.

Tambah-tambah lagi bila isteri tak sihat atau mempunyai masalah pergh! komfirm tak boleh duduk diam, kalau berkemampuan rasanya on the spot nak balik tapi apakan daya tiket flight ni bukan dua tiga ringgit punya harga, ratus beb! pergi balik dah berapa? fikirlah sendiri heee... oklah happy blogging semua.



p/s : smile~

4 Komen:

Ummi Dania Yasmine said...

ishhh me tak sanggup berjauhan dengan suami. Sekali sekala ok jugak!!! hehehe...

MaYa MustWany said...

mas tak kawin pun,ushhh tak sanggup ooo..mesti rindu tahap gaban dah kan..so amacam?sampai bila nak jauh2?dah apply nak tukar sana?o wife datang sini?

allhamdullilah rezeki,cuti sakan la kan.mesti krole tengah countdown nak balik sana jumpa tersayang.hahah

krole said...

ummi=tau takpe..sakit o0o0~

krole said...

maya=krole da aply pndah...tp lom ada respon g...mmg sakit o maya~kalo da kawin nnt...pstikn duk dkat ngan suami ya~