Thursday, November 29, 2012

Sesi Bergunting Rambut

Hari ini krole temankan Mrs. krole pergi ke pekan untuk bergunting rambut. Susah juga kita orang tadi cari kedai gunting yang berkonsepkan "muslimah" maksud krole... menyediakan tempat khas bagi wanita muslim untuk bergunting rambut, kalau pergi mana-mana kedai pergh!!! biasalah semuanya bercampur lelakikah? perempuankah? semuanya satu tempat. Kalau di Kota Kinabalu adalah juga dua tiga tempat krole tahu kedai-kedai gunting seperti ini tapi kat pekan sendiri ni hm... malas nak cerita hahaha. Dari satu kedai ke kedai yang lain pencarian kita orang tidak berhasil, kerana rata-rata kedai gunting disini tidak menyediakan tempat-tempat khas seperti itu.

Hinggakan Mrs. krole hampir berputus asa tadi, tapi entah macam mana mungkin rezeki kita orang kot? ada satu kedai gunting amoi ni menyediakan perkhidmatan seperti itu? aik? orang cina beb? terkedu seketika krole dan Mrs. krole tadi. "Haiya!!! jangan risau ma!!! kami biasa gunting-gunting olang muslim ma!!!", hahaha!!! syukur sangat, terlihat sedikit kegembiraan di wajah Mrs. krole tadi. Bukan apa dalam apa juga keadaan aurat tu sentiasa kena jaga khususnya wanita kan? tapi hairan juga kat sini ni boleh kata ramai pengusaha kedai gunting orang muslim tapi tak ada pula yang prihatin nak buat tempat-tempat khas untuk golongan muslimah? oklah malas nak cerita banyak nak bawa Mrs. krole jalan-jalan dulu, happy blogging semua.




p/s : ?????? 

17 Komen:

puteri kasih said...

nasib baik dapat jumpa juga akhirnya kan :)

kekwa said...

sekarang mmg susah nak jumpa kedai gunting rambut muslimah. btw, dengan perempuan non-muslim pun tetap aurat. kalau dah takda pilihan, terpaksa jugaklah kan.. ^_^

Crack said...

Saya rasa kat mana pun susah bro Krole. Bukan kat sana aja. Tapi baguslah ada jugak. ^_^

syiela said...

akhirnya nasib baik jumpa juga.. kat sp ni ada.. terjah situ je kalau nk gunting

iAmCekbolat said...

bolat gunting rambut sndiri . huahua .

Unknown said...

memang susah pun nak cari kedai macam tu sekarang

محمد رازيق said...

tapi memang susah nak cari kedai gunting untuk girl saja. hehee

dariilhamkehati said...

CP terjah je mane2 , hehehe !!

krole said...

P.Kasih : huhu nsib bek wak~

Wanie MJ : drpd lelaki yg sntuh dan lihat istri krole...sanggup lg krole bnarkn kalo amoi yg gnting~

crack : tu r bro..seb bek ada~hihihi

krole said...

syeila : huhu nsib bek ada...syukur

bolat : pergh!!! terornya dia!!!

amelia : huhu tau xpew wak~

krole said...

M.razik : tu r...ssh tol

CP : jnji wak selesa kan~hihihi

panda montel said...

suami penyayang! mood jealous pada mrs krole ni tau krole hehe

krole said...

wen : hihihi..jelez pe nye wen..BF wen msti lg bek~

NasQ said...

itu namanya orang muslim tak pandai berniaga...

panda montel said...

BF? tunang da... hahaha.... memang dia baik. :) lepas kawen tak tau la. :)

Lydia Miza said...

Mmg susah nk cr kedai gunting utk muslimah.

Salun Rambut said...

Salam, saya ada menyediakan perkhidmatan dandanan rambut, make up dan manicure & pedicure di rumah di kota damansara. Harganya, Children cut RM5. Wash, cut & blow RM 15. Henna/ Colouring RM30-RM88. Perming/ Rebonding RM88-RM128. Treatment RM38. Sesiapa yg berminat bolehlah call Zura 012-208 4048. Atau layari laman myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih tuan rumah.