Thursday, November 29, 2012

Gara-Gara Nak Bersukan Sangat

Petang tadi krole dan kawan-kawan a.k.a teman sejati bermain badminton, nak dijadikan cerita sebenarnya rancangan untuk bermain badminton ini bermula daripada abang krole (pagi tadi), mula-mula krole fikirkan dia bergurau... nak sewa dewanlah, main ramai-ramailah, beli "shuttle" lah. So waktu tu krole iyakan saja sebab waktu tu krole kan nak bawa Mrs. krole pergi bergunting rambut kat pekan. Selepas waktu asar (dalam jam 3 setengah begitu) tiba-tiba telefon krole berbunyi dan nama yang tertera adalah tak lain dan tak bukan ya!!! betul!!! abang krole tadi. Dengan ringkas beliau berkata "ok petang ni ON jangan tak datang pula" pergh!!! dasyat betul!!!  

So petang tadi krole pun pergi ke dewan kampung pintas (tempat kita orang main), waktu tu krole yang paling lewat... sebab waktu krole tiba tu semua dah ada dan waktu krole tiba tu semua merenung krole dengan muka seringgit lima puluh sen hahaha!!! selepas memanaskan badan kita orang pun mulalah bermain... hm... rasanya baru lepas satu permainan kot? krole terus berhenti... Argh!!! tergeliat pinggang krole!!! sakit beb!!! langsung tak boleh nak main, kesimpulannya aku jadi penonton sepenuh masa tadi argh!!! bila krole balik ke rumah terus mengadu kat Mrs. krole (nak minta urut) hihihi... Sambil kena urut sambil kena bebel tadi hihihi, inilah gara-gara nak bersukan sangat kan? aduh!!! happy blogging semua.




p/s : sakit~

11 Komen:

panda montel said...

hahahahhahahahhaha
jangan patah pinggang macam bella dah la hahaha

panda montel said...

lupa, bebel tu tanda kasih sayang tau :)

Amyna said...

bersukan itu perlu untuk kesihatan.... pehni lebih berhati2 ya krole..

Unknown said...

nasib baik tak patah pinggang. hehe hati-hati main tu.

Unknown said...

nasib baik tak patah pinggang. hehe hati-hati main tu.

dariilhamkehati said...

eyh3 ~ macam dah tua sangat je :P

hehehe , takpe2 , urat2 terkejut tuh , kalaw biasakan , takde la cemtuh . hehehe , krole kan mude lagik :P

Crack said...

Hahahaha....biasala bro Krole, bila umur dah makin merangkak, pinggang pun minyak mula kurang, kita ni kalau nak banding dengan mesin, dah macam mesin nak bekarat da :P . Terasa beza dengan time belasan tahun dulu kan? ^_^ Takpala ada orang tolong urut, yang payahnya kalau takda orang urut! hahahahhaha

s h a said...

bersukan tu bagus tapi kena sentiasa hati2.semoga pinggang cepat baik.alhamdulillah ade mrs krole tolong urut ye.

Miss Zahirah said...

bebel untuk kebaikan anda..
untungla ade bini ble urut... hihi

Anonymous said...

padan muke kena bebel. hihi :)

majulah sukan untk diri sendiri. :p

Lydia Miza said...

Hihi..kena bebel gak ke. Ekekeke