Untuk pengetahuan umum aktiviti bersih yang krole nak cerita kejap lagi ini tak ada kaitan dengan himpunan bersih 2.0 atau apa-apa versi pun yang ada di negara kita ini ya? walaupun domo kat atas tu berwarna kuning hihihi. Hari ini selepas subuh krole dan Mrs. krole menjalankan aktiviti bersih iaitu membersihkan bilik yang semak dan menyemakkan mata kita orang yang suci ini. So apabila Mrs. krole menyatakan hasratnya untuk membersihkan bilik kita orang, sepantas kilat krole setuju... dan dalam waktu yang sama juga sepantas halilintar krole menyediakan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan aktiviti bersih ni seperti penyapu, mop lantai, penyodok sampah, plastik sampah, kain lap, dan argh!!! macam banyak pula (tak larat nak taip hihihi).
Disebabkan Mrs. krole sekarang ini mengandung (6 bulan), so beliau hanya krole benarkan buat kerja yang ringan-ringan saja contohnya seperti memberi sorakkan, menyediakan air minum, dan menemankan krole bersembang? aik? kerja apa tu? hahaha. Apa-apa pun bila selesai saja membersih bilik tadi pergh!!! berbaloi beb!!! puas hati krole bila tengok bilik bersih dan berkilat. Lagi menyeronokkan bila tengok Mrs. krole seronok lihat bilik dah bersih. Oklah itu saja untuk kali ini so happy blogging semua.
p/s : wuah!!! bersihnya!!!
16 Komen:
kerja menggembirakan suami :))
pahala tu .
so sweet...:)
Wah, anak yang ke berapa ni Krole? Tahniah! Anyway yang tuh la terbaik, time2 ni la wifey kena rehat. Jangan kasik dia cuci baju semua. Hehe
tahniah... untungnya wife krole
wahhh untung la Mrs Krole ni HUHU...
jadikan amalan. suka melihat suami isteri saling tolong menolong dalam membuat kerja rumah. hehe
hehehe...happy blogging gak
bolat : thanks bolat~
jiwa lara : thanks ye wak~
crack : huhuhu baru yg prtama bro..aha insyallah~
syeila : thanks wak..tp krole yg beruntung sbenarnya dpt wife krole hihihi...
wen : huhu ok bah kalo ko wen..bah bla ko kawin ni?
cik blogger : thanks for dropping by~
hahaha , co cweeeettt ~~~
okeyh , nih yang boleh menimbulkan jelesi and rase nak kawen cpt untuk dpt suami yang bertgungjawab dan rajen nih :P
hahahahaha !! apekah ?
Mesti bersih dah bilik krole tu kan.. Dapat pulak sokongan isteri. Hehe
wah2.. rajinnya.. untung mrs krole dpt mr krole.. hehehe
wah..bagus..seorang suami yang patut dicontohi oleh lelaki2 lain ni..hehehee
CP : huhuhu..so jgn tnggu lme2 cp ngeee~
hazmin : yew bro..best..berbaloi~
M.zahirah : tak r wak.krole yg untung dpt mrs. krole~
boni yang kacak : huhuu..tak de bro..besa2 jew..yg pnting boni kacak!!!hihihi
wah tahniah2. krole nak jadi ayah..
apa perasaan anda untuk menjadi ayah?
* jadik wartawan kejap
Wahh pahala lebih tu.bilik bersih kita pon sht
Post a Comment