Thursday, November 3, 2011

Aku Bukan Bodoh

Hari ini krole nak kongsi sedikit pengalaman hidup krole dalam berkawan, kawan ni ada macam-macam ragamnya??? ada kawan waktu susah, ada kawan waktu senang, ada kawan waktu sedih, ada kawan waktu gembira, ada kawan buat kita menyampah dan banyak lagilah!!! hehehe... pengalaman ini krole dapat sewaktu reunion kelas yang kitaorang buat sendiri tahun lalu, waktu tu pergh!!! happy sangat dapat jumpa kawan-kawan lama hehehe ada yang datang berdua (berkahwin) siap ada anak lagi tu!!! tapi kebanyakkannya masih lagi single waktu tu, tapi dalam ramai-ramai tu krole teruja sangat nak jumpa si A ni (nama dirahsiakan), kerana waktu sekolah dulu dia ni boleh dikira BFF lah.

Manusia sentiasa berubah tapi tak sangka pula member krole ni berubah menjadi jenis "kawan buat kita menyampah" mau taknya menyampah, bila kita ajak cerita pasal dulu-dulu sepatah-sepatah je dia jawap macam langsung tak ingat, tapi bila turn beliau menceritakan tentang dirinya sekarangni pergh!!! nak 5000 patah perkataan juga krole rasa waktu tu, maklumlah beliau dah dapat degree dan sekarangni sambung master pergh!!! (tumpang gembira). Cuma cara beliau tu yang tak berkenaan, ok contoh macam situasi ini member krole ni belajar jurusan IT so benda-benda teknologi ni memang pro, kebetulan pula waktu reunion tu ramai member bawa laptop...

Bila ada masalah member-member mesti cari dia waktu tu, sebab ramai tahu memang bidang dia benda-benda macam tu... member krole pun ok juga walaupun begitu dia tetap tolong cuma caranya yang menyakitkan hati, contoh ayat ni yang biasa kitaorang dengar waktu tu "aduh benda simple macam ni pun tak tahu" diiringi gelak tawa bangga "wahahahaha", lepas tu ada satu kes tu tak tahulah krole mungkin niat dia bergurau cuma bagi krole melampau sangat, dia kata krole "bodoh" kerana menanya perkara yang dia rasa basic sangat adus, kena krole waktu tu.

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya, dan janganlah mudah riak terhadap kelebihan yang kita ada kerana itu semua anugerah daripadaNya, bila-bila masa boleh kena tarik!!! ingat tu!!! contoh macam kawan krole tadi, cuba krole tanya pasal berkaitan penjara!!! rasanya satu apa pun dia tak tahukan??? bijak atau bodohnya seseorang itu bukannya diukur dengan kertas yang bergelar ijazah, tak semestinya orang itu tak ada ijazah dia bodoh dan sebaliknya. Hidup ini juga satu pendidikan belajarlah daripadanya. Happy blogging semua~




p/s : hangin satu badan~

7 Komen:

Umie Nadhirah said...

riak.

smilenajah93 said...

kawan pun perlu untuk kebbagiaan kita :) berkongsi suka duka

nurkaloi said...

kawan~~~~
kalau kita bijak hargai kawan
kawan juga akan hargai kita kaann

panda montel said...

tibe tibe aku angin apasal ek?

ASSOYFINGER67 said...

banyak perkara krole kena belajar....contohnyer tukar lampin pakai buang wakakaka..

caliph shuriken said...

klau kwn jenis cmni sy x brapa nk rapat :p

Anonymous said...

ni dikatakan lupa daratan.Allah swt kalau nak tarik,sekelip mata jew,tak payah la dia nak riak dan bongkak dengan kepandaian nya tuh.ramai lagi bijak,cuma ramai yang merendah diri dalam diam.