Tuesday, November 26, 2013

Esok Pesta Bagandang Beaufort

Assalamualaikum semua... sebelum krole mulakan entri ni... nak ucap jutaan tahniah dulu kat semua yang menduduki SPM tahun ni (adik krole ada seorang SPM tahun ni). Mesti hati korang semua tengah berbunga-bunga kan? hahaha!. Ohya! esok ada pesta bagandang kat tempat krole tapi... sebelum tu nak terangkan kejap... bagandang tu maksudnya bergendang ya... maksud sama bunyi je lain-lain (sebutan kat sabah). Pesta bagandang ni selalunya diadakan sekali dalam setahun (macam raya). So waktu ni ramailah peniaga-peniaga kecil macam krole ni akan turun padang untuk berjual barangan seperti kraftangan, barangan tembaga, set gendang (seperti dalam gambar), ekspo dari badan-badan kerajaan negeri dan banyak lagilah.

Waktu macam ni... akan banyak persembahan dari pelbagai kaum di sabah ini yang akan dipertontonkan kepada semua pengunjung contohnya seperti nyanyian, tarian, baju tradisi, dan banyak lagi (tak terkata a.k.a tak berapa tahu sangat hahaha!). Selalunya pesta bagandang ni sampai malam tapi... krole tak pernah pun stay sampai malam, selalunya pergi tengok-tengok kejap... tapi mungkin tahun ni sampai malam kot... sebab nak berniaga kan hihihi. Ohya kepada member-member blogger yang ada disabah kala ini, jemputlah datang ya... mana tau boleh jumpa kat sana. Ok semua! krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : puas hati aku dapat update blog ni hahaha!!!

14 Komen:

Nao Mei said...

wah untungkan...
nak tengok juga...

klik nuffnang dulu

Muhammad Khairuddin Lim said...

selamat berpesta...

Mohd Ghazali Abdullah said...

bestnya..rasa macam nak sabah pula ni

el said...

hang jual ape krole?

Cutella said...

Nice...I like to see this events soon...

Aku Penghibur said...

wahh seronoknya :) kalau dapat pergikan best

syuk shusuke said...

bro krole kat sabah ke ?

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Syoknyaa.....kalau dapat tgk live...
Kat Penang ni ada Pesta Penang je laa...sesak, sempit, rempit semuaa ada...hihih

x0x0 ^____^

Mia Liana said...

wahhhh excited tu...

Shaiful Zaidi said...

salam krole...Apa khabar?

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum Mr Krole sekeluarga..terutama baby zahrah..mesti meriahkan..seronok rasanya andai dapat melihat budata,,adat atau tradisi ditempat lain..bilalah jua nak sampai sabah nih..insyaAllah one day kan..siapa tahu :)

iAmCekbolat said...

wahh bestnyaaa teringin nak pi :D

sorry la lma x datang sni jenguk krole

ana likes said...

kita pon spm jugak...heheh

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Krole..pun lama tak update T__T