Sunday, November 28, 2010

Jarak Antara Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger,mula-mula krole ingin memohon maaf kepada semua kerana dua tiga hari ini krole agak sibuk sikit so,tak dapat nak BW balas jejak korang,krole kena siapkan beberapa asignment sebelum menjelang bulan Disemberni~tahniah krole ucapkan kepada pegawai atasan krole kerana berjaya membuatkan kepala ni selalu pening~yeahhhh!!!(cam perli je~ngeee).namun sayang krole kepada dunia berbloging tetap tegun dan kuat,ni yang sanggup curi tulang kejap hanya sekadar nak updated blog krole ni~heeee.

kadang-kadang kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara sahaja,so krole nak kongsi cerita yang menarik ini yang krole jumpa kat FB untuk tatapan kita bersama.moga kita akan selalu beringat bahawa ada dunia yang kekal menanti kita nanti dikemudian hari~
..............................................................................................................................................................
Jabir bin Abdullah berkata, “Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?”

Maka Rasulullah SAW pun bersabda,”Dunia itu adalah impian orang yang tidur.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa’ir.”

Orang itu bertanya lagi, “Apakah Syurga itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahanam itu?”

Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”

Bertanya orang itu lagi, “Siapakah sebaik-baik umat ini?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”

Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”

Orang itu bertanya lagi, “Seberapakah ketentuan taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”

Bertanya orang itu lagi, “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”

Jabir melanjutkan ceritanya, “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”

Rasulullah SAW bersabda, “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.


p/s : kena sambung buat keja lik..tata~

9 Komen:

Miss Miela said...

takut pulak bila ingtkan mati...tengs atas perkongsian...

eiela said...

ye, betul tuh. kita kena ingat mati sebab kita nih pinjaman je kat muka bumi nih.

Latest Entri :
Tagline Blog? Perlu Ke?

♥-- emieysandra --♥ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
♥-- emieysandra --♥ said...

aduih..slh taip , mata dh suh tido kot, krole dlete ah komen tu ek..
mekasih byk2 kt krole..pat pat dlete..haha ;P

krole said...

miss miela=bgui2..itu tndanya ada iman didlm diri kita~heee..welkam2

krole said...

eiela=wuahhh btul tu..krole stuju sgt ngan wak~

krole said...

emieysandra=hehehe ingt **** ker???hehehe kantoi ngeee

blog-tips-kurus said...

orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat MATI..

krole said...

tips=tol tips...tq sudi bce en3 krole~