Sunday, December 23, 2012

Risau Dalam Gembira

Syukur alhamdulillah, 'handphone' ku yang rosak pagi tadi telah pulih seperti biasa yeah! ok jom tepuk tangan ramai-ramai. Pergh! susah juga nak cari kedai 'handphone' yang sanggup baiki 'handphone' kesayangan krole ni tadi, nak kata telefon krole ni canggih sangat tak adalah juga, tapi tak tahulah? banyak kedai tak jamin nak buat... hm... mungkin tak cukup peralatan atau kepakaran kot? bila krole dah nak putus asa tadi tiba-tiba datang seorang ahcai (orang cina) ni memberitahu yang kat pekan ni ada satu kedai 'handphone' yang boleh baiki telefon krole pergh! dengan muka serius dan semangat yang membara krole bertanya "dimana kedai itu? ahcai" (krole tanya dimana kedai itu je, ahcai tu tak sebut pun sebab takut dapat pelempang percuma pula hihihi). 

Dipendekkan cerita krole dan Mrs. krole terus pergi ke kedai tersebut, alhamdulillah seperti kata ahcai tadi memang betul diaorang sanggup baiki telefon krole, hm... rasanya nak 3 jam juga kitaorang tunggu akhirnya taukey kedai keluar dari bilik khasnya dengan senyuman lebar... "encik punya telefon sudah ok"... ya! itulah ayat yang kita tunggu-tunggu! hihihi. Terus krole mengapai telefon kesayangan dan memeriksanya dari luar hingga ke dalam, syukur semuanya ok dan upahnya pun tak mahal sangat. Tapi taukey tu tegur krole lagi "bos lu punya telefon ni ok tapi tak tahu sampai bila" mungkin dia cakap begitu disebabkan kondisi luarannya agak menyeramkan mata yang memandang (pecah screen dan housing). Aduh! kalau nak beli baru pergh! memang tak ada fulus sekarang ni, so tawakalah jawapnya. "Moral of the story" seperti kata blogger deqjamucuxx di entri sebelum ini "jangan letak handphone merata-rata". Oklah happy blogging semua.



p/s : aduhai telefonku~

4 Komen:

deqjamucuxx said...

woott3. nama kite ada lahhh :)

tahniah, talipon anda sudah sedar dari komanya. haha :)

khairul hassan said...

lega dh ok haha

Mar Haini Abdul Rahim said...

alhamdulillah selesai satu masalah.. harap bertahan lamaa la la kekebalannya hihi :D

krole said...

deqja : huhuhu...syukur wak..ok da~woot2 ada nma r kat sne hahaha~

khairul : lega bro~

Mar : tu r..tak tahu smpai bla brtahan ni~