Tuesday, December 18, 2012

Ceramah Yang Ditunda

Disebabkan keputusan pemeriksaan gula dalam darah Mrs. krole hari itu naik, maka cik doktor yang bertugas menetapkan hari ini Mrs. krole kena mengikuti "ceramah permakanan sihat" yang dianjurkan oleh klinik ibu dan anak bahagian Beaufort. So selepas sarapan tadi krole dan Mrs. krole pun bertolak ke klinik tersebut yang hanya mengambil masa selama 15 minit perjalanan (kalau tak jem)... yang tak seronoknya di klinik tersebut adalah parkir kereta memang susah kerana pihak klinik tak menyediakan tempat parkir untuk orang awam, so pandai-pandai sendirilah nak sumbat kereta kat mana. Rasanya nak terbazir masa selama 10 minit juga gara-gara mencari tempat parkir yang sesuai untuk kereta kesayanganku. 

Hahaha! bukan apa, kalau parkir sembarangan ni takut-takut nanti jadi benda yang bukan-bukan keatas kereta kesayanganku (ada pengalaman sudah). Bila dah selesai bab tu krole dan Mrs. krole terus menyerbu ke arah kaunter untuk bertanya dimana tempatnya ceramah tersebut diadakan? cik jururawat yang bertugas pun membuka buku klinik Mrs. krole untuk melihat apa yang ditulis oleh cik doktor pada hari itu. Dengan dahi yang berkerut cik jururawat berkata, 'eh? kamu tak kena informkah? kan ceramah ni kena tunda ke 14. 01.2013' hah! pula dah!. Dengan kepantasan kilat terus Mrs. krole memeriksa telefonnya manalah tahu ada panggilan daripada klinik tersebut... Setelah memeriksa memang langsung tak ada sebarang panggilan daripada klinik, cik jururawat tadi terus meminta maaf kepada kita orang kerana cuai bab tu. "Tak apalah cuma lain kali kena peka benda macam ni ya " sound krole dengan nada lembut mengalahkan suara Anuar Zain hahaha. Oklah happy blogging semua.



p/s : sekali tahun depan da~ 

10 Komen:

deqjamucuxx said...

bila sebut tahun depan, rasa cam lama je. sedangkan lagi minggu lebih je. hihi

p/s : klinik tu lalai noh. kesian mr & ms krole. hihi

aSmiDar said...

lg 2minggu je nk taun dpn kan..:)

Crack said...

(-_-) Nasib dekat bro, kalau jauh, boleh naik marah tuh. Hurm, tunda tak inform ni ble mendatangkan MARAH!!!!! :P

Afasz said...

tq singgah blog sy .

nnti sy update bilik sy berhoneymoon plak :D

boni kacak said...

len kali minta nombor nurse tu. bagi kat den.hahaha

Rozuan Ismail said...

huhu.paras gula naik? bahaya tuh

shaiful zaidi said...

kesian.. Ceramah tunda pulak. .

khairul hassan said...

laa...tunda pulak ...

Miss Zahirah said...

dah dpt parking, ceramah plk postponed...
sabar jela yerr

krole said...

to all : serius beb aku panas waktu tu..camna dorank le cuai tahap ni..tp apa ble bat..takkn nak mngamuk2 kat public hihii..sabo je la