Monday, December 24, 2012

Aku Dijemput Menyanyi

Huh! mesti ramai yang tertanya-tanya dan teringin nak dengar suara krole lepas terbaca tajuk tu kan? hahaha! siap kena jemput lagi. Tapi sebenarnya itu semua dusta belaka (jangan marah ya), kejap tadi krole dapat SMS dari seorang kawan ni dia jemput krole mengikuti program koir (kira menyanyilah tu kan?) yang dianjurkan dikampung krole ni, ala~ kiranya untuk persembahan hujung tahun ini. Hm... kalau nak cerita bab-bab menyanyi ni pergh! rasanya sedap lagi suara giant dalam komik doraemon tu. Krole ni langsung tak ada sekali pun pengalaman benda-benda macam ni tapi...? macam mana diaorang boleh terfikir untuk pilih aku ya? hm... mungkin diaorang pernah menghendap aku menyanyi kat bilik air kot? hah! sudah! (perasan popular).

Apa-apa pun sebelum aku buat keputusan tadi, kena bawa berbincang dengan Mrs. krole juga... bukan apa takut nanti krole dah popular, sibuk memanjang (adoi! ayat tak boleh blah). Mrs. krole ok saja, katanya tak salah pun ikut program kampung macam ni, dapat mengeratkan lagi silaturahim dengan warga kampung yang lain... hm... apa-apa pun petang ini dah mula latihan koir kitaorang, macam manalah agaknya situasi latihan kejap lagi hahaha! oklah malas nak bebel panjang, lagipun perut dah bergetar ni so happy blogging semua.



p/s : lalalalalala~

8 Komen:

Aniq Bukhary said...

Nice.. good luck admin!

deqjamucuxx said...

sokong dengan kata2 mrs.krole ~

shaiful zaidi said...

salam krole...sekrg pun krole dah popular.

Belalang hijau Perisik said...

jaga pitching bro! hahaha

boni kacak said...

mohon upload video tu nanti ye bro..hehehe

Zahrenn said...

wah....teringat dengan vokal sekadar rupa ahahha...(sorry takde kaitan) aha!

krole said...

aniq : thanks bro~

deqja : dia mmg caring wak..hihihi thanks yew~

shaiful : hahaha tak popular pong bro...

krole said...

belalang : huhuhu insyallah bro~

boni : pergh! takdak gadget perakam bro~

zahren : huhhu thanks yew sudi komen2