Saturday, December 29, 2012

Berkomputer Sampai Muntah

Hari itu sewaktu krole dan Mrs. krole pergi ke unit kecemasan di Hopital Beaufort adalah krole ternampak seorang budak ni tengah baring diatas katil di bilik kecemasan tu. Ohya lupa pula nak beritahu... krole dan Mrs. krole pergi ke unit rawatan kecemasan tu bukannya ada apa-apa pun, kitaorang pergi sana hanya nak periksa tekanan darah dan gula Mrs. krole, biasalah kan bila mengandung ni banyak yang kita kena jaga dan peka. Ok berbalik kepada cerita budak tadi, waktu tu krole tengok muka dia pucat lesu saja... entahlah kenapa? teringin pula krole nak tahu cerita dia ni, so dengan semangat 'busybody' krole pun merapatinya. Tiba-tiba belum sempat krole nak tegur budak tu, muncul seorang makcik ni dengan muka marah. Pergh! terus berundur krole waktu tu hahaha!.

Waktu kitaorang tengah tunggu keputusan pemeriksaan Mrs. krole kejap tadi, semakin ramai orang yang datang ke katil budak tu tadi (mungkin keluarga budak tu) tiba-tiba makcik yang tadi tu mula bising-bising? "tulah mainlah komputer tu lagi, sampai makan pun tak ingat dah...." rasanya lama juga berlaku kekecohan waktu tu, nasib baiklah ada kakitangan bertugas yang meredakan mereka. Owh rupa-rupanya budak tadi masuk unit kecemasan disebabkan dia muntah hingga pengsan? menurut apa yang krole dengar sewaktu makcik tersebut kecoh tadi, rupanya budak tu terlampau kuat main game dan internet di rumah hingga lupa untuk makan... dan kadang-kadang tu hingga terlupa tidur? wuah! dahsyat betul budak tu! tidur pun boleh lupa!. Begitulah pengaruh internet dan permainan komputer pada masa kini, sampai makan dan tidur dah tak terjaga. Aduh! minta-mintalah dijauhkan dari benda-benda macam ni, so happy blogging semua.



p/s : main komputer sampai muntah?

18 Komen:

Jimmy Jimboo (JJ) said...

haishhh main komputer sampai lupa nak tidur ? kritikal dah tu, hehehek

p/s : lama tak masuk blog krole (:

Hanis Mohamad said...

haih mcm abg & adik saye je. lupe makan. lupe mandi. nsib baik x lupe tidur.

heee :]

Hans said...

uishhhh
bahana kalau dah ketagih main game online tu

deqjamucuxx said...

dasya betui budak tu.. blog masuk record tuu.. hhahaha

akubiomed said...

Main dengan komputer hingga terlupa makan.

shaiful zaidi said...

dia duk bw kut, tak pun Fb or main games...sampai tak ingat dunia...

Zahrenn said...

hahah...dsyat sungguh!!!

boni kacak said...

hahahahhahaa., main game dengan internet sampai lupa nak makan???hahahahaha.bapak kritikal.. psyho betul budak tu.hahahahaha

piraaa said...

pengalaman pira, makan tido depan komputer, solat tak tinggal sebab tau benda tu akan jadi sia2 bila terlalu asik kan. tpi kejap ja benda tu terjadi. sekarang agak normal

Misz Fazie said...

kawan sy ade perangai dia macam ni sampai sanggup ponteng sekolah sebab main game dota. habis result spm dia teruk.

nuriz said...

bahaya bila ketagih main game, skrg dgn tablet dan mcm2 lagi, budak zaman sekarang kena juga dikawal kalau dibiar sj memng bahay pd kesihatan dan psikologi diorng

-meeSUPERGIRL- said...

pernah jugak . tp keesokan harinya otak jd vengong . haha

CekbOlat-bOlat said...

err bolatt pun kaki game jugak . tapi takde la smpai cam tu . takut benorr

khairul hassan said...

sampai muntah kita rerok dh ni haha

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ...

Hurrmm .. bahaya tu .. Mengadap komputer ni pun sebenarnya boleh membaca maut jugak ..

atie aizam said...

huishhh... dasat tui budak tu.. baru dpt komputer kot..

cweet pinky said...

budak memang mudah terpengaruh so as parent , kena kawal , huh , kus smgt , bahaya betul la

Miss A said...

hahahah, ada jugak kes macam ni ke? Ya ALLAH, manusia manusia -.-