Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua rakan-rakan blogger khususnya yang beragama islam (dengan wajah bersinar-sinar). Hari ini tak tahu nak cakap macam mana disebabkan terlampau bosan awal-awal pagi lagi (selepas subuh) krole dah mencari aktiviti-aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan ini, so mula-mula krole basuh kereta (selesai), lepas tu bersihkan halaman rumah (pun selesai) ... Lepas tu berpidah ke dalam rumah pula. Dari dapur hinggalah ke bilik tidur, yang bestnya sewaktu krole membersihkan bilik tadi terjumpa sebuah majalah yang tak berapa nak lama sangat dibawah almari kita orang (tak tahu macam mana boleh sampai sana). Majalah tersebut adalah majalah 'Al-Islam', hm... tak ingat pula krole pernah beli majalah ni, mungkin Mrs. krole yang beli kot? tapi malas nak tanya.
Disebabkan semua aktiviti untuk menghilangkan kebosanan tu telah selesai kesemuanya, so bolehlah krole membelek-belek majalah tersebut, manalah tahu ada info atau ilmu yang berguna. Tiba-tiba mata krole ni tertumpu pada satu tajuk yang amat menarik berkenaan doa. Nak tahu tak? ok krole kongsikan dengan anda semua apa yang krole baca tadi.
Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi s.a.w. bersabda ;
"Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai, maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai melihat syaitan." (HR Muslim)
"Jika kalian mendengar suara kokok ayam, mohonlah kepada Allah kurniaNya kerana saat itu, ayam sedang melihat malaikat dan bila kalian mendengar rengek suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah kerana saat itu keldai itu sedang melihat syaitan". (HR Bukhari)
Mungkin ramai dah tahu kot tentang benda ni? tapi tak salah rasanya krole nak kongsikan? manalah tahu ada yang belum tahu lagi tentang ni seperti diriku ini (aduh ayat tu). Oklah krole ada kerja sikit ni so banyakkan berdoa dipenghulu segala hari ini ya. "Until next time"... happy blogging semua.
p/s : lepas ni confirm semangat bila dengar kokokkan ayam~
16 Komen:
salam Jumaat krole...thanks. baru tahu ttg hadis ni.
Salam Jumaat penghulu segala hari..wah perkongsian yg sgt menarik..tak taw pun sblm ni sal nih
happy blogging juga krole
waa.. rajin..
tlg bsuhkan kete miss ble?
siap polish ngn vacuum skli.. hihi ;b
nice info nie broo....baru tau pasal nie....
rajin bersihkan rumah hehehe
info baru
yang ayam tu aku tau, tapi yang kambing tu first time aku dengar.. thanks bro...
Bosan, bro Krole, aku ada kebun yang pokok rumput dengan lalan panjang2, nak tolong tebas tak? hahaha, anyway thanks for the info, sebab kat dlm otak ni set, kalau dengar ayam berkokok:
1) Air laut tengah pasang.
2) Dah pagi.
Orang tua2 bagitau yang tuh. Rupanya, ayam nampak malaikat. Pasal kelsai tuh, err, keldai tak penah nampak pun lagik.. :P
wah rajinnya bro krole eh :)
info yang menarik ni.. puteri tak pernah tau sebelum ni.
thanks bro dgn perkongsian ilmu tu...mmg x tau lagi sblm ni.
bro klu nak letak dlm bloglist, amik blog encik bell lah :)
baguih info ni Krole...sy suka
shaiful : sama2...alhamdulillah~
AQ Eyfa : wuah!!! sama2..alhamdulillah~
Khaifaiz : happy blogging jgk bro~
M.zahirah : hahaha~bule2...RM14 hengget jew~
alams legacy : sama2..alhamdulillah~
wen : huhuhu mstila pren~
lela : bgui2
boni kacak : owh...bgui2 bro..tp bkn kambing yew, keldai hahaha~
crack : huhuhu bgui r kalo tak pndah nmpk g~
puteri kasih : huhuhu sharing is caring~
belalang : oraitz...and...done...hahaha~
khairul : thanks bro~
Post a Comment