Sunday, December 2, 2012

Cepat Sangat Menilai

Dalam dunia ini Allah dah jadikan setiap makhluknya (manusia) sebaik-baik ciptaan dan dalam keadaan yang berbeza, iaitu berlainan warna kulit, bentuk badan, bangsa, wajah, dan banyak lagi... Tapi bukan ini yang krole nak cerita sebenarnya. Krole peliklah dengan kita manusia ni kan? cepat sangat menilai seseorang itu walaupun hanya dari wajah, walhal Allah dah cipta wajah kita ni dengan pelbagai bentuk, ada yang kacak (seperti boni kacak hihihi), ada wajahnya nampak berseri (asyik senyum saja), ada wajahnya nampak garang, dan ada juga yang wajahnya nampak sedih memanjang. Tapi itukan dah lumrah yang Allah kurniakan kepada kita semua?

Bukan apa krole sebenarnya baru balik dari kenduri... kat kenduri tadi adalah seorang member krole ni yang rasanya dialah yang terbaik sangat didunia ini? bila tengok orang lain ada saja yang tak kena? contohnya waktu kita orang tengah sembang-sembang tadi, tiba-tiba datang rombongan tetamu, pergh!!! semualah tak kena, tengok wajah orang ni tak senyum dia kata sombong, tengok orang ni asyik senyum dia kata bongkak, tengok orang ni baik sikit dia kata kuat mengampu? aduh!!! jadi nak wajah macam mana baru ok? senyum salah!!! tak senyum pun salah!!! buat baik salah!!! argh!!! hinggakan member-member yang lain pun rasanya macam tak berapa nak selesa duduk dengan dia tadi. Suka sangat bahan orang lain!!! hm... jangan cepat sangat menilai seseorang tu, cantik tak semestinya baik, buruk tak semestinya jahat kan? oklah happy blogging semua.



p/s : ada juga macam ni?

11 Komen:

Crack said...

Bro krole, saya rasa menda tuh kadang2 jadik macam penyakit dah, ada orang mata dia dah set ngan mulut, tengok orang lain aja nak komen. Pergh bro krole ni memang banyak sumber idea. Meh sikit ^_^

luqman zakaria said...

itulah..kekadang kite nih manusia selalu nak menilai orang tnpa kenal dulu..suke jer nk cakap buruk pasal orng..padhal x kenal pn..pelikkn.

boni kacak said...

hahahaha.. aku pun terbabit sekali dalam ini cerita??hahahahhaa

orang macam tu memang ujud.. cara nak diamkan dia ialah potong lidah dia je.hahahaha

cweet pinky said...

kejm betul boni kacak nih .. hahahah

em , CP pown rimas kalaw orang kuat menilai nih .. kenal dlu , then baru la nak cakap , nih tak , kenal nama pown tak , berbual pown tak , tibe2 kua cite tak bes ..

orang kate , dah lame tak makan pelempang agknya ...

shaiful zaidi said...

manusia jenis ni memang ada kat mana-mana. So kena hati-hati.

Tinta Lana said...

Salam.

Cehh, suka la boni kacak kat atas tu,hahaha.

Aaa..bagi sy krole, org camni, istilahnya ialah penyakit hati. Penyakit ni, memang susah nak diubati..tpi masih ada jalan lagi. Kita yg nampak ni, kdg2 perlu tegur org mcmni..tpi cakap baik2..jgn tegur dia depan org ramai.

Org mcmni mmg sntiasa ada dlm mana2 komuniti pun..mcm semua disekelilingnya dia rasa serba tak kena.. heheheh

zila manaf said...

org mcm ni kena kaki makannye...hehe suh dia insaflah cepat sebelum kaki mknnye. hehe

krole said...

Crack : tu r bro...hmmm..idea...tak ada r bro..crack lg best~

luqman : hm...sabo jela bro~

boni kacak : huhuhu dasat!!! kejamnye bro...hahaha...takpa2 janji kacak!!!

krole said...

CP : tau xpew wak.

shaiful zaidi : tu r bro..kena hati2 slalu~

Tinta : aha~ btui wak..ada caranya tu~

krole said...

zila manaf : wak mmg brutal hihihi :)

Mar Haini Abdul Rahim said...

totally agree ! indah luaran x smesti indah dalaman kan.. Allahumma, mintak jauh la sikap mcm tu kan, huhu takut2 sibuk menilai orang, xsempat nilai diri sendiri.. yg penting, xkenal maka xcinta, ewahh :D #indah dalaman insyaAllah indah luaran ! #