Wednesday, December 12, 2012

Seperti Zon Perang

Alhamdulillah semalam berjalan dengan lancar, dari pagi hingga ke malam Mrs. krole menjalankan pemeriksaan kadar gula dalam darah dan keputusannya baik, tak adalah tinggi atau rendah sangat. Eh? macam tak kena pula cerita ni dengan tajuk kat atas kan? hahaha! ok berbalik kepada topik sebenar. Sekarang ni naik bosan krole nak melayari laman sesawang muka buku, walhal kalau nak diikutkan selalunya kalau tak boleh layari laman tersebut "confirm" boleh sasau jadinya. Tapi sekarang "sorry" beb!... naik menyampah dah tengok warga FB yang bergaduh-gaduh  kat dalam tu tentang politik. Ini tak betul? itu tak betul? calon ni tak sesuai? itu sesuai? hish! bosan betul krole tengok.

Dah jadi macam zon perang dah laman muka buku sekarang ni. Walhal yang bergaduh kat dalam tu langsung tak ada kaitan dengan parlimen atau yang sewaktu dengan tapi lagaknya pergh! dialah hero segala hero, yang buat rasa menyampah ni sampai ke level merah bila insan-insan ni tag topik-topik politik dia orang tu. Pergh! tu yang malas nak "online" FB tu. Tak ada faedah pun gaduh-gaduh ni tambahan pula bergaduh di alam maya? aduh! langsung tak "gentel", di alam maya semua dia nak kutuk... semua dia nak marah. Tapi bila jumpa depan mata hahaha! malas nak ceritalah. Oklah ada hal sikit ni, happy blogging semua.




p/s : naik bosan~

4 Komen:

Crack said...

http://www.bloggersentral.com/2012/01/enable-threaded-comment-on-blogger.html <--aku blaja kat sini bro Krole. Tapi tengok jugak, kadang2 templates boleh menyebabkan takble reply comment. Example templates aku yg sebelum ni, sakit aku beb. Hahaha

OK pasal post ni plak, serius, memang menyampah gila kot tengok orang gaduh pasal politik. Macam tengah lawan antara ketam A dan ketam B, yang mana jalan lurus...bluekk. Dulu mula2 FB best, sejak kemasukan parti politik ngan MLM ni...urghhh...malas nak ON FB. Ish, panjang plak aku comment. HAha

Wenwink Kidu.Duki said...

krole...SY PUN TAK SUKA DENGAN politik ni... rasa tak ada kaitan.... tapi as i studied about it... pemimpin itu dari kita (kita yang undi) kepada kita ( mereka wujud untuk kita). so secara tak langsung kita terkait. hehe... Langsung sya tak suka tapi sebagai rakyat, kena bijak memilih pemimpin. (at last it will be bijak membuta tuli)

yang bertempik kat luar tu semuanya tak da ilmu. sebab tu kita yng berilmu ni rasa menyampah. (hahaha berilmu la kali kan?) hehehhe

kaishin said...

dah lama tak on fb bersawang dah agaknya..
erm kalau tak suka diam2 je tak perlu nak meroyan bagai..fikir lebih2 buat sakit kepala jer kan..

krole said...

crack : thanks dor the link bro..tp tak jd hahaha~

wen : tu r wak..pyh skit orang camni kan~

Kaishin : hahah tau takpew bro..cam krole skngni..nak online pon cam tak ada hati da~