Sunday, December 23, 2012

Retak Seribu

Huh! macam mana krole nak mulakan ni ya? ok soalan pertama yang krole nak ajukan hari ini, apakah perasaan anda sekiranya benda kesayangan anda contohnya 'handphone' dilemparkan tinggi-tinggi oleh anak buah anda yang masih kecil, kemudian 'handphone' tu jatuh didepan anda dan berkecai... kemudian anak buah anda tadi lari sambil ketawa guling-guling... Argh! tekanannya hati daku kala ini! (amboi ayat tu), dahlah 'handphone' krole dia lambung tinggi-tinggi lepas tu tak reti pula nak sambut balik, aduh! habis berkecai 'handphone' kesayanganku. Hihihi... nak marah sangat budak tu pun tak boleh juga, dia bukannya tahu pun tapi... aduh! tak tahulah krole nak cakap macam mana? seperti dada ini dihiris-hiris dengan pisau sekarang ini hahaha (ketawa sedih).

Yang menambahkan lagi kesedihan krole sekarang ni, bila krole tekan-tekan pad 'handphone' ni langsung tak berfungsi dah wuah! terima kasih ya anak buahku yang tersayang. So hari ini rasanya nak keluar ke pekan sekejap dengan Mrs. krole nak pergi cari kedai 'repair handphone', harap-haraplah masalah kecil saja. Serius beb! sekarang ni krole terasa seperti duduk di zaman batu dah. Terasa gatal saja tangan ni, kejap tadi krole pergi kenduri kahwin di sebelah rumah, pergh! tengok kiri kanan semua orang pegang telefon yang daku ni argh! malas nak bebel panjang pasal benda ni, buat hatiku terguris saja hahaha. Oklah nak keluar dah ni happy blogging semua.



p/s : retak seribu~

11 Komen:

luqman zakaria said...

kuang kuang...sabor yer encik krole..

CekbOlat-bOlat said...

mak anak buah tu mane ? buat naya org je budak tu . hm

Mar Haini Abdul Rahim said...

adoiiiii perkara mcm ni la yg slalu mar risaukan kalau bg ank buah gune ape2.. nak mrh lebih2 die budak, x bg kng mjuk, x pn amik senyap2 .. sabau jela ye. mungkin mmg timing nk kna tukar fon bru kot .. huhu keep cool ye krole ^_^

Razil Tahir said...

Musnahkan teddy bear dier!!!!

takde la.. nak wat cmne.. sabar jer la..

khairul hassan said...

aduss...x pa Krole..bonus nk dpt dah..beli yg baru huhu

Scarlett O'Hara said...

Redha je lah.Sabar kan dapat pahala + dapat beli handphone baru.

deqjamucuxx said...

pengajaran pertama : jangan letak handphone merata2. hihi

krole said...

luqman z : huhu tgh besabo r ni bro~

bolat : huhuhu salah krole jgk wak..sape suru memandai bg ank buah pgang kan hahaha

mar : huhuhu nak dak duit nak tukaq wak~

krole said...

Razil : hahaha...baru nak smngat bls dendam~

khairul : hahaha...tu dlu bro~

scarlett : hahaha...tak dak modal nak beli baru wak~

deqjamucuxx : btul!!! wak..tepat skali...!!!hahaha~

-meeSUPERGIRL- said...

hahahahha sabar je lah wakkkk .. nt law dy ad tepi cubit peha dy . hahaha

krole said...

meesupergirl : huhu tak bek wak..cian kat dia hahah~