Sunday, December 2, 2012

Panggilan Pertolongan

Mula-mula krole nak ucapkan jutaan tahniah tahap gaban kepada semua ahli skuad negara yang beraksi dengan mantap semalam hingga berjaya mengalahkan "garuda" 2-0... yeah!!! tapi bukan itu yang krole nak cerita hari ini ya hahaha!!! sebenarnya awal pagi hari ini krole dapat panggilan telefon daripada seorang kawan yang duduk di kampung ya sama dengan krole... begini bunyinya... "assalamualaikum sahabat, kalau tak sibuk hari ini boleh datang rumah tak dalam jam 10 begitu? nak minta tolong sikit, ada gotong-royong untuk kenduri akikah anak aku". Pergh!!! krole ingatkan waktu cuti-cuti sekolah ni kenduri kahwin saja yang banyak? rupanya kenduri akikah pun banyak.

Al-maklumlah cuti kan? lagipun sahabat krole tadi tu suami isteri berkerja so mungkin inilah waktunya mereka dapat membuat kenduri seperti ini. Hihihi... pasal nak gotong-royong ni krole tak ada hal punya, sedia berkhidmat bila diperlukan hahaha!!! tapi kali ini Mrs. krole letak syarat? dia nak ikut sekali pergi gotong-royong hari ini, kitanya risau tengok suaminya ini masih lagi sakit-sakit badan hahaha!!! seperti biasa dengan muka yang paling "cool" krole jawap "tak ada hal yang..." (sambil muka berkelip-kelip bersinar). Oklah nak jam 10 dah ni, so happy blogging semua.




p/s : jom~

7 Komen:

luqman zakaria said...

itulah kan..time cuti2 sekolah nih byk event!

cweet pinky said...

wah ,really cweet la ...

boni kacak said...

hahahaha.. muka berkelip-kelip bersinar2 tu..hehehhee

krole said...

luqman.z : tau xpew bro~

CP : thanks :)

Boni kacak : hahaha...msti bro dpt bygkn kan?hihihi

shaiful zaidi said...

memang byk lenduri...saya pun Kat umah kenduri ni...

puteri kasih said...

bertuah bro krole dapat isteri yang penyayang dan caring :)

krole said...

shaiful : huhuhu...bst kan bro..bertmbah busy lak cuti2 ni~

p.kasih : tu r wak..bertuahnya krole..syukur sgt2~