Saturday, December 8, 2012

Baru Tahu Nilainya

Ok sebelum krole membebel panjang dalam entri ini krole nak kongsi dengan korang satu entri yang amat menarik bertajuk " Ada Apa Dengan RM1" daripada blogger crack. Memang menarik dan krole rasa siapa yang belum baca artikel ni memang rugi... so apa tunggu lagi tekan saja tajuk entri tu (krole dah linkkan). Ok berbalik kepada tajuk utama pula hihihi. Mungkin dah lumrah manusia kan? kita ni kurang menghargai sesuatu benda tu bila ia ada contohnya air. Kalau nak cerita pasal pembaziran air ni pergh! rasanya tak cukup diruangan ini kot. Bila benda ada tak kiralah apa? kita kurang prihatin tapi cuba benda tu dah tak ada hah! baru tahu kan nilai dan kepentingannya? tapi walau macam mana pendedahan yang telah dibuat kita tetap sama kan.

Macam hujan pula, bila ada pergh! habis mengeluh sana sini... siap "update" kat muka buku lagi. Tapi bila dah tak ada... hihihi "update" juga tapi bunyi macam ni dah "bilalah nak hujan ni?". Hahaha! baru tahu nilainya kan? sebenarnya kejap tadi sewaktu krole lepak diluar rumah, krole ternampak paip di rumah jiran krole ni melimpah-limpah airnya keluar, so atas dasar semangat kejiranan krole terus ke sebelah dan memanggil tuan punya rumah (amboi ayat). "bro, paip kau tu terbukalah". Dengan muka sepuluh ringgit dan senyuman malu-malu kucing dia menjawap "aha, yelah... tak perasan pula". Adoi! beginilah kita manusia, bila benda tu ada tak pernah nak hargai, tapi bila tak ada... Oklah renung-renungkan bersama. Happy blogging semua.




p/s : bila tak ada bising memanjang~

13 Komen:

Belalang hijau Perisik said...

a ah...setuju...
ada bising2,xde pun bising2 juga :)

Crack said...

eh eh...ada nama saya la kat sini... ^_^ thanks tag saya bro krole, anyway betul, dah memang jadik lumrah, takda, bising merata-rata, bila dah ada, tak pernah hargai. Air, elektrik, bila dah bergelap...berbusuk-busuk (tak mandi dan takda air nak cuci...errr... -_-) barula pandai komplen sana sini.

zila manaf said...

huishhhh sy ni mmg suka berjimat. letrik ke air. sbb bg sy ianya nikmat yg harus dijaga dan dipelihara sbb xselalunya hidup ni indah,
hummm

Wenwink Kidu.Duki said...

haha wen skng semangat minum air... klau ada air ( selalunya beli kat mesin tu) boleh habis sampai 2 botol besar sehari... tpi kalau tak da.. saebotol kecik (500/600 ml) boleh sampai 3 hari. hahaha... errr ada kaitan tak ni krole?

hnahdy said...

kita xsedar berapa nilainya sesuatu perkara tersebut.. bila dah xda.. baru menyesal

khairul hassan said...

baru teringat ....paip air rumah sy bocor ni..esok nk kena repair

shaiful zaidi said...

Bagus krole jadi jiran yg prihatin...

shaiful zaidi said...

Bagus krole jadi jiran yang prihatin.

cweet pinky said...

CP agk suke membazir , hehehe , full stop :P

insyallahv , akan ubah sikap tuh ...

Hazmin Hamudin said...

Manusia ni akan lebih menghargai kalau sesuatu benda tu dah takda...

deqjamucuxx said...

betul2.. setuju.

best jugak ada jiran perihatin :)

Miss Zahirah said...

waa.. nak berjiran ngn krole la cmni.. bleh kn.. hihihi

donnyien said...

hai krole,
moga krole akan mendapat balasan yang baik diatas keprihatinan awak..