Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya

Alhamdulillah esok hari raya!!! yeah!!! walaupun tak dapat balik raya tahun ini (mood sedih) namun semangat raya tetap ada dihati krole, korang semua mesti terasakan??? lain je hati ni sampai tak tahu nak terangkan macam mana??? namun disini krole ingin mengambil peluang untuk mengucapkan "selamat hari raya" kepada semua member-member dan bagi yang dapat pulang ke kampung beraya dengan keluarga... hargailah saat itu dengan sebaik-baiknya. Bagi yang tak balik raya seperti krole jangan sedih ya kerana hari esok merupakan hari kemenangan untuk kita kerana berjaya menjayakan satu lagi ibadah (ada yang tak cukup puasakah?).

Krole juga ingin memohon maaf kepada semua sekiranya sepanjang perkenalan kita krole ada buat anda terasa atau tersinggung... Sekiranya ada, tak terniat pun dalam diri krole ni. Dan terima kasih kerana sudi berkawan dengan krole selama ini, dan terima kasih juga kerana sentiasa menyokong "krolezone", krole akan berusaha lagi lepas ini dengan membuat karya-karya yang lebih berkualiti untuk korang semua, apa-apa pun happy blogging semua dan selamat hari raya!!!.




p/s : yeh... yeh... raya!!!

2 Komen:

khairul said...

boring la kerja arini

krole said...

khairul=huhuhu senasib rupenya~