Thursday, August 25, 2011

Pelita Raya

Terkenang sewaktu duduk di kampung dahulu, pergh!!! tambahan pula sewaktu zaman kanak-kanak krole huh!!! meriah sungguh ramadhan kat kampung terutamanya hari-hari macam ini em... maksud krole tak lama lagi nak raya (insyallah 4 hari lagi). Waktu itu tak kira siang atau malam seronok je rasanya hati, semua orang sibuk dengan tugas masing-masing seperti mengemas rumah, memasak kueh dan macam-macam lagilah. Tapi yang bestnya pada malam hari, dimana persekitaran rumah selalunya dihiasi dengan pelita-pelita raya atau lebih dikenali sebagai "lampu cucul" di kampung krole. Habis terang satu kampung dengan cahaya pelita yang menawan.

Waktu itu komfirm sering kelihatan kelibat kanak-kanak bermain mercun "bunga api" hehehe termasuk krolelah juga, mak selalu menjerit waktu-waktu macam tu~ mana taknya terlampau seronok bermain mercun "bunga api" dengan kawan-kawan sehingga lupa nak balik rumah... Walhal tak jauh pun cuma... biasalah budak-budak mana boleh main jauh dari rumah. Aduh rindu pula krole kat kampung bila buat entri macam ni... Nak telefon maklah kejap... Happy blogging semua~



12 Komen:

anamizu said...

owhh "lampu cucul" eh? hehe
cik ana pun dah start psg pelita keliling rumah mlm td :)

INTAN said...

huuuuu masing2 teringatkan kenangan raya nih..!

najihah sahami said...

malam tujuh likur..:)

balik xraya krole?

fairuz said...

hoho beraya zaman kanak2 ngan dewasa ni lain kan? ape lagi dah tua nanti. hahahaa taknak tua boleh? :P

jaya jr said...

hehe,tak sempat lagi nak pasang pelita...minyak tanah mahal laa krole..

YOUsoF said...

Hehehe nasib baik tempat aku muafakat pasang 'lampu cucul' 1 blok terus, kongsi duit semua jadi.. ;)

Tapi sedih jugak la kan ramadhan dah nak habis..

krole said...

anamizu=iya ana...kat sabah orang pnggil cucul

krole said...

intan=huhu tau xpe wak~

krole said...

Mish=taun ni krole kene keje..uwah!!!

krole said...

fairuz=huhu mulut le kata tak nak namun tubuh ini tetap dimamah masa~

krole said...

JJ=huhuu...gunala minyak cap kapak~

krole said...

yousof=wuahhh bestnya bro..mmm...xpe2 pasni sambung puasa 6 plak~