Thursday, December 6, 2012

Sekelip Mata Sahaja

Assalamualaikum dan selamat malam semua, dah solat belum? (amboi soalan),kalau difikirkan, hidup ini memang terasa singkat kan? dalam hidup ini kita sebagai manusia biasa hanya berserah kepadaNya tanpa mengetahui  apa yang akan berlaku ke atas diri kita... tidak kiralah minggu depan... lusa... esok... kejap lagi... ataupun beberapa saat dari sekarang. Tapi kita selalu leka terutamanya pada zaman serba moden ini, dimana hiburan itu satu keutamaan hinggakan gara-gara itu saja agama boleh ditinggalkan, aduh!. Oklah malas nak cerita panjang pasal tu sebab krole ni pun banyak kekurangannya cuma... ingat mengingati sesama kita tak salah kan? mesti ramai yang hairan kan kenapa krole tak "update" entri lagi hari ini? (aduh! ayat perasan popular ni).

Sebenarnya hari ini krole kehilangan seorang sahabat karib kenalan dari bangku sekolah lagi. Terkejut betul krole bila dapat tahu berita tu, tapi disebabkan beberapa faktor dari pihak keluarga arwah... krole tak dibenarkan untuk mendedahkan namanya didalam blog ini (kena hormati). sewaktu baru menerima berita itu tadi langsung diri ini seperti tidak percaya, kerana baru sahaja minggu lalu bergurau senda dengannya, lalu secara tidak langsung imbasan kenangan-kenangan bersama sewaktu dibangku sekolah dahulu berlegar-legar di kepala krole. Hm... kalau Allah sudah katakan "Qun Faya Qun" maka jadilah iya dalam sekelip mata sahaja. Hm... maafkan krole ya, macam serabut sikit entri ni... harap korang faham. em... krole doakan moga korang semua hidup bahagia disamping keluarga yang tercinta... happy blogging semua. Assalamualaikum.




p/s : .......

10 Komen:

NasQ said...

hidup ini singkat kan, tak tau siapa yang pergi dulu...

dariilhamkehati said...

betul tuh , perginya kite , bukan umur jadi ukuran ...

Unknown said...

daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali..

Encik Bell said...

takziah kepada keluarga arwah... sentiasa ingat nyawa hanya pinjaman sementara dari-Nya

hnahdy said...

terkejut kan, tiba2 ja

panda montel said...

sabar krole....

Crack said...

Takziah, setiap yang datang pasti akan kembali kepadanyaNYA, moga diletakkan di kalangan orang yang beriman...

donnyien said...

hello krole, selamat pagi..
turut bersimpati diatas kehilangan sahabat baik awak.

takziah diucapkan kepada keluarga mendiang... semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang maha esa.

boni kacak said...

memang sangat terasa dan sangat sedih bila kawan kita sejak sekolah pergi meninggalkan kita.. apatah lg selalu bersama2 sebelum ni.... Al-fatihah buat sahabat bro..semoga beliau ditempakan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepadaNya..amin.

krole said...

thanks all~