Monday, December 24, 2012

Jalan Sesak Sangat

Aku memang dah sangka waktu latihan koir tadi petang ternyata suara aku yang paling sumbang hahaha! ok stop! lepas saja selesai latihan koir tadi krole terus balik ke rumah, bukan apa... nak bawa Mrs. krole ke pekan sekejap untuk beli barang-barang dapur yang sememangnya dah kekeringan sangat. Selalunya masa yang diambil dari rumah krole ke pekan hanya 15 minit sahaja tapi tadi... pergh! nak 40 minit! barulah krole sampai kat pekan huh? rupa-rupanya krole terlupa yang esok adalah hari natal, sesak gila jalan tadi terasa macam memandu di bandar pula, kaki sampai kejang gara-gara memandu. Sepanjang perjalanan tadi hanya bunyi-bunyi hon dan teriakan pemandu lain saja krole dengar, tak tahu kelam-kabut nak pergi mana? yang tak tahan tu bila ternampak kemalangan, aduh! itulah gara-gara tak sabar hingga bahayakan diri sendiri.

Dahlah dapat sakit, duit pun mesti melayang punya (repair kereta), krole kasihan kat Mrs. krole ni, bukan apa beliau ni lemah semangat sikit. Bila nampak benda-benda macam ni confirm cuak, tapi syukur alhamdulillah selamat juga kitaorang pergi dan balik dari pekan tu tadi. Waktu nak balik tu pergh! jalan bertambah sesak huh! selamat kitaorang keluar awal kalau tak aduh! confirm malam baru sampai rumah. Ohya esok krole nak temankan Mrs. krole pergi ke klinik ibu dan anak untuk pemeriksaan berjadual so doakan terbaik untuk kitaorang ya. Ohya kepada blogger Boni Yang Kacak... hamba tak dapat nak penuhi permintaan kamu berkenaan video koir tu, sebab waktu tu krole dah terlampau malu dek suara yang terlampau sumbang ni so tak terfikir pun nak rakam waktu tu sorry ya. Oklah happy blogging semua.




p/s : hati-hati memandu ya~

8 Komen:

Unknown said...

latihan koir? *thinking ..* hehee

hnahdy said...

2 hari sebelum hari natal, jalan dh sesak

Anonymous said...

alhamdulilah.. deqja g keja tadi smooth je jalan.. :)

boni kacak said...

patutlah percutian hamba ke pelabuhan dickson hari tu jem semacam masa on the way pergi.rupanya masing2 sibuk pulang ke kampung halaman rupanya..hahaha..

hahaha.. rasa sedih tak terkata bila hajat tak dapat dipenuhi. nak merajuk 5 hari.hahahaha

Unknown said...

KL pon jln jem gile...semalam sempat pergi Genting jap

krole said...

cik tia : cbe bce entri sblom ni wak..kompom fhm~

hnahdy : btul2 wak..sesak truk

deqjamucuxx : huhu besa r wak..keta baru katakan ngee~

krole said...

boni : huhuhu..tau xpew bro~

zahrenn : hohoho

khairul : wuah wat pe p sne bro...ade showkew?

Encik Bell said...

belalang lagi best!langsung x perasan arini krismas...wakaka...