Thursday, June 13, 2013

Jadilah Diri Sendiri

Huh! akhirnya! dapat juga nak update blog tersayang ni. A busy day for me today... Hari ini awal pagi lagi krole sekeluarga dah keluar rumah. Nak bawa baby zahrah pergi berjarum, pergh! memang krole berterima kasih kepada cik nurse kat klinik ibu dan anak tadi... memang tangkas beliau menjarum baby zahrah tadi. Hingga baby zahrah tak sempat nak menangis dah siap... cuba korang bayangkan anak kecil nak menangis kena jarum tup... tup... dah siap, huh! cik nurse kau memang hebat! hihihi. Rasanya kalau baby zahrah pandai bercakap mesti dia kata macam ni "eh? dah selesaikah? ala... baru nak nangis" hahaha!. Ok! itu gurau saja. Sebenarnya baby zahrah ada menangis sedikit tadi, tapi... itu pun sekejap saja. Ok! perasan tak gambar kat atas tu, alhamdulillah syukur... murah sedikit rezeki kala ini. Tapi... yang seronoknya iklan "Pee Mak Campaign" tu! dah sepuluh hari melekat kat blog buruk krole ni. Terima kasih Nuffnang, kaulah yang terbaik (yes! ayat bodek dah keluar). 

Serius! krole nak ucapkan jutaan lemon terima kasih kat korang semua yang sudi singgah, baca, dan komen kat blog krole ni, tanpa korang rasanya hm... tak merasa krole benda-benda BE dari Nuffnang ni. Ohya! tadi krole sempat bermesej dengan seorang rakan blogger yang tak dapat krole nak dedahkan identitinya (biarlah rahsia). Sebenarnya beliau yang mula mesej krole... sembang punya sembang oh... rupa-rupanya mahu minta tips macam mana nak popularkan blog? pergh! biar betul? macam tak percaya soalan itu diajukan kat krole. "Macam mana nak jadi macam krole ni ya?" aduh! kembang kempis saja hidung ni bila kena tanya macam tu hahaha!. Dipendekkan cerita krole kata kat beliau "senang saja bro, just be yourself", dalam berblog ni antara yang paling penting adalah identiti blog, so carilah identiti masing-masing. InsyaAllah dengan kelainan itulah pembaca pasti berminat nak datang blog kita, tapi ini pendapat krole saja ya. Krole pun masih setahun jagung dalam berblog ni... banyak lagi kena belajar so jom kita belajar sama-sama ya. Happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : jom vote krole tiap hari...nanti krole belanja megi~

25 Komen:

Myss Ammi said...

yup. memang btul tu. jd diri sndiri lg bgus. no hipokrit. org pun akn respek kite seadanye :)

Akupenghibur.com said...

wahhh jadi diri sndiri itu adalah terbaik.. semoga sukses :)

Unknown said...

setuju...jd diri sendiri lebih di sukai org daripada berpura2.

Sop said...

berderet tu
mmg jeles. hehehe
jadi diri sendiri baru ad keunikan tersendiri berblog :)

fyna said...

tahniah krole. rezeki tue. fyna pun takde BE sekarang nih ^_^

Encik Bell said...

amboi, meriahnya BE depa... mai sket... huhuhu...

Belalang blogger ikut2an, boleh ke? ngee

Bunda_nora said...

assalam,

krole sebenarnya bunda tak bape faham sgt dgn BE ke CPU tu bagai..

oo baby zahrah pegi cucuk/injek imunisasi tiga serangkai ekk..berjarum tu bahasa orang sabah...bunda faham sikit2..

hana hadi said...

cukup susah nak tengok "on going" kat nuff hana.. tiba2 dah kredit. xfaham..hehe

Fais-SKA said...

betol 2 :) jdlah dri sndri..blog mn 2?? nk terjah dn follow ni he3..blog krole mmg ohsem..2 la resepi kjyaannya..

PeRdU cINta said...

Baby zahrah yang baik..alhamdulillah..ok la tu mr krole..ilmu yang ada boleh share..yup jadi diri sendiri asal tidak melanggar batasan agama..ikhlas dan tulus..lillahitaala..

Unknown said...

sorry Krole..lama x singgah ..busy sikit

Mizz Aiza said...

tahniah krole.. semoga murah rezeki selalu..

Unknown said...

mesti comey je baby zahrah tym nak nangis tak jadi nangis pulak. Haha.
http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/06/20-aku-sebenarnya-perogol-keyboard-part.html

Mia Liana said...

biasalah.. masa kena cucuk. nurse kena buat cepat2...

el said...

perghhh hebad hebadddd
berderet kauuu dengki sgt2 ni hahaha
tahniah krole..rezeki bb zahrah ni hehehe

woiiii takat megi x yah belanja..meh aku belanja ang hahahahaha

roshidayahdayu said...

wahhhh...untung la...

Shaiful Zaidi said...
This comment has been removed by the author.
Shaiful Zaidi said...

Tahniah krole...4 on going

Anonymous said...

Baru setahun jagung dh bersepah2 BE dpt... Huyooo... Ini bukan setahun jagung dah...ini Jagung yg dh jd PopCorn... (^_^)

Unknown said...

huhu betul juga.. jadi diri sendiri..kadang2 terikut juga angin blogger lain..Allah..huhu.. btw tahniah ya

puteri kasih said...

setuju dengan bro krole. Yang penting jadi diri sendiri dan tak perlu nak klon sesiapa kan :)

Lieza Nordin said...

alhamdulillah..ehhehhexD smga murah rezeki..

Baby rizq dulu nagis tgk nurse tapi lepas suntik boleh lak gelak2.. -,- ekh.. mybe terasa geli ke apa...ahhahah xD

Bunda_nora said...

salam hujung minggu...selamat hari bapa..

Anonymous said...

Allhamdullilah rezeki..

nurse kene pantas..agar baby tak menangis n selesa.

krole said...

to all : thanks ye sudi bca...n pless jeles with my BE hahaha!!! <--- ok ni gurauan smata2 ya...jgn mrah~