Sunday, June 2, 2013

Kalau Jadi Begini

Ok! straight to the point! (amboi! garangnya!). Cuba korang bayangkan... korang tengah duduk depan laptop, lepas tu korang on laptop tu, lepas tu korang buka google chrome, lepas tu korang buka blog korang dan lepas tu tiba-tiba... idea datang mencurah-curah, huh! senang cerita kalau update entri confirm berkualiti tahap emas 24K hahaha! ok! balik ke mode serius. Dengan senyuman yang lebar korang pun dengan sopan-santunnya menekan punat-punat dikeyboard korang untuk mengakses akaun blogger korang tu. Tiba-tiba terasa pelik pula kerana akaun blogger korang mengambil masa yang lama untuk load? korang pun terus melihat simbol internet kat taskbar korang dan... aduh! patutlah! line internet tak ada!. Kalau begini confirm sampai esok pun tak habis loading ni. Ok... kesimpulannya... kalau jadi begini apa perasaan korang?.

Sebenarnya dua tiga hari ini... benda yang kat atas tu selalu saja terjadi kat diri krole ni, yang menambahkan lagi ketekanan perasaan ini kerana... tak tahu kenapa? idea memang banyak waktu-waktu tak ada line internet ni. Waktu terjadi benda macam ni pergh! terasa sangat macam nak bagi tendangan padu maut kamen raider kat modem ni. Tak tahulah kenapa... kebelakangan ni selalu saja berlaku masalah line internet kat kampung krole ni, tahulah kita duduk kampung tapi... bil kan kitaorang bayar so setimpalkanlah dengan perkhidmatan korang tu  (khas buat pihak yang berkaitan)?. Lepas ni rasanya krole nak ubah kot nama blog ni... dari krole zone kepada blogger bermasalah line internet hahaha! kalau blogger el terbaca ni confirm dia setuju huhuhu. Oklah... sebelum line ni buat masalah lagi krole nak publish entri ni so happy blogging semua.




p/s : wahai line internet...please janganlah kau buat hal lagi~

16 Komen:

hana hadi said...

setakat ni xda masalah sebab kalau line slow automatik abah report kat pihak strymx. haha kalau slow lagi report lagi. xsampai 24 jam report dah laju balik.

sebab skrang ni line sangat penting untuk bayar bil2, keja, dan sebagainya

Aku Penghibur said...

kadang menhadapi masalah same... sabo jelah

Sop said...

biasnya jd cm tu tutup laptop pas tu tidur... hehhe

mulitania primadara said...

nice info
please kindly visit my blog >> my blog

Cikgu Kacamata said...

Sabo jela tenet kat m'sia ni. org lain dah naik roket kita masih naik beskal mini :(

AiSyA LiEzA said...

hehehe.. xD tukar y lain je.. skrg pakai apa?? :)

Mieza Jhaa K said...

Time ada modal nak update blog tu Krole taip siap2 dan simpan dulu.. bila line dah ok, publish je la

Azwar Syuhada said...

Azwa selalu mengalaminya, hahaha.. Rasa macam menyirap jugalah.. :P

istiqomah said...

hahaha,,kadang2 bila dah loading dashboard,,dah klik new entry dah,,tapi xde idea,,hilang!!! haha

Shaiful Zaidi said...

salam krole..report kat pembekal internet, nanti depa ambil tindakan pembetulan.

PeRdU cINta said...

sabar ea..ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk..sukar untuk di jangka..apa yang boleh kita lakukan..teruskan usaha.. :)

Cheqna said...

hehehe...selamat menulis dengan sabarnya.

:-)

shafiq said...

hehe ,adat ah tu , time takde internet ah macam2 idea datang ,

krole said...

kesimpulannya...sila maklumkan cepat2 kat pihak berkenaan hahaha!!!

Mia Liana said...

betul2 kena sabar ni...

caliph shuriken said...

sy plak pakai lappy lama.. so, browser ada kacau sikit.. kdg2 crash & terpaksa restart browser balik, huh...