Monday, June 24, 2013

Mencari Topeng Mulut

Dua tiga hari ini krole tengok kat kampung ni dah semakin tebal dengan jerebu yang melanda... Pagi tadi krole pergi ke klinik, hah! kenapa?. Ok-ok... relaks brother and sister ( bajet cool) hahaha!. Biasalah kan... sekali-sekala kena sakit juga kan? mungkin disebabkan jerebu ni... antibody krole yang kuat sebelum ini telah tewas dengan virus selsema, aduh! dah macam air sungai mengalir hingus ni. Kepada rakan-rakan blogger yang tengah makan... cuba korang bayangkan hahaha!. Lagipun encik doktor ada kata tadi, kemungkinan besar selsema ni berpunca gara-gara jerebu yang semakin pekat diudara ni.

Encik doktor juga menasihatkan kalau buat aktiviti luar sebaik-baiknya pakai topeng mulut untuk perlindungan diri. Lepas dari klinik tu terus krole memecut mengembara ke pekan Beaufort untuk mencari topeng mulut hikmat tu. Tapi pencarian krole menghampakan sebab... tak tahu kenapa? rata-rata semua kedai yang krole pergi taukeynya kata "sold out". Aduh! nasib baiklah ada topeng mulut yang disedekahkan encik doktor tadi (3 keping) kalau tak... confirm krole mengembara ke pekan Membakut atau Bongawan lagi untuk mencari benda tu.

Nasihat krole... waktu jerebu-jerebu macam ni... elakkan pakai topeng macam ni ya hahaha!. Nanti tak pasal-pasal kena tahan polis kerana di suspek pembunuh bersiri hihihi. Happy blogging semua.



p/s : sesak nafas gara-gara jerebu ni~

7 Komen:

Aku Penghibur said...

hehehhehehe :) acik pon naik motor kena pakai topeng tutup mulut tu , pagi tadi berangan tak nak pakai sekali amik ko, kena selsema , sakit tekak, insaf

Giorgio Izas said...

Baru aje plan nk cari topeng scary movie 2.. He3
Amek topeng Vendeta pn cun gak (^_^)

AiSyA LiEzA said...

bersantai kat rumah je la..ekkekeke xD

S.K.A said...

he3..pakai je helmet full face =) style gak 2 bro krole..hi3..

fuZa said...

Pakai topeng demi kesihatan ye.
Fuza tengah bengang ni..entry sempoi karya Fuza sendiri ada orang cilok!!

iAmCekbolat said...

hahaha eh sabah pun kono ?

Mizz Aiza said...

tekak aiza pun dah perit ni.. kena banyakkan minum air dan elok lepak kat dalam rumah je..