Tuesday, June 25, 2013

Tips Tenangkan Hati

Assalamualaikum, rasanya dalam dunia ni kalau ditanya... mesti semua orang nak hati yang tenangkan?. Hm... biasalahkan dalam hidup seharian kita mesti akan ada tekanan yang membuatkan hati kita tak tenteram. Huhuhu... bila hati tak tenang ni manusia memang kreatif sangat bab nak mengurangkan tekanan perasaan ni contohnya seperti melancong, shopping, makan, berkelah kat tepi pantai (lepas tu menjerit sekuat hati kat pantai tu huhuhu) aik krole? macam pernah cuba saja ni? hahaha!. Walhal sebenarnya untuk menenangkan hati ni amat mudah sekali. Tak perlu nak berjalan jauh... tak perlu nak mengeluarkan modal. Nak tahu tak?

Ok! yang pertama senang saja, jagalah solat 5 waktu dan perbanyakkan berdoa. InsyaAllah dengan berbuat demikian hati kita akan sentiasa tenang. Kedua adalah amalkan zikrullah dan selawat ke atas Nabi S.A.W dalam hidup seharian, mudahkan? disampaing menghapuskan dosa dan memurahkan rezeki... InsyaAllah akan dikurniakan ketenangan hati yang teguh. Ketiga pula adalah dengan membaca Al-Quran dan sentiasa mengekalkan wuduk, selain dapat menguatkan kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya... InsyaAllah kita juga secara tidak langsung dapat mencuci dan menenangkan hati yang tengah berduka. Oklah! senang saja kan nak tenangkan hati? sebenarnya ada banyak lagi tips ni cuma buat masa ini krole dapat kongsi 3 tips ni saja ya. Happy blogging semua.



p/s : ilmu yang krole dapat dari ceramah agama semalam~

14 Komen:

AiSyA LiEzA said...

jaga apa y Allah perintahkan utk kita..insyaAllah Allah jaga kita :)

Nao Mei said...

Tips-tips tu memang cik akak sokong 100% eh...tiada yang lain dapat menenangkan hati kita..kecuali Allah S.W.T :)

el said...

jgn lupa ea sm2 kita praktikan bersama setiap hari jgn lupa lalai alpha dgn duniawi dan blog hahaha

azman/santai said...

terima kasih untuk tazkirah tersebut

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...krolezone,

Perkongsian yang bagus.. ingat mengingatkan perkara yang baik... lepas nie kalau nak tenangkan diri jgn main jerit2 tepi pantai..atau laut..banyakkan baca al-quran,zikir dan solat.

Terima kasih sahabat...

mselim3.

pls: berpesan2 dan bertegur2 pada perkara yg baik...Terbaik.

Aku Penghibur said...

terima kasih atas ingatannye

Nurul Farahizzati said...

on time la krole wat entri ni,, zie tgh tak tenang sebab dah homesick :(

Shaiful Zaidi said...

terima kasih krole coz berkongsi ilmu..

Mia Liana said...

bagus ni krole....

Giorgio Izas said...

Jika kt sentiasa ingat ALLAH, ALLAH juga akan sentiasa ingatkn kita... InsyaALLAH... (^_^)

adzairdawati makdara said...

tips yg sangat bagus..

Mizz Aiza said...

bagus sangat tips ni.. boleh diamalkan..

PeRdU cINta said...

sangat setuju..yes mr krole..nice sharing ni..inilah cara tenangkan hati yang betul dan terbaik..lain orang lain cara untuk tenangkan hati..namun ini jalan terbaik..hati itu milik Allah jadi ubatnya juga pada Allah..mintalah..minta pada sang Pencipta..3 in 1..gugur dosa,dapat pahala..jiwa lapang.. :)

Mieza Jhaa K said...

Ye, ramai yang bila dilanda masalah pergi melancong utk tenangkan fikiran...boleh tenang ke?? Rasanya membaca al-Quran dan berzikir lebih menenangkan kot..