Thursday, June 6, 2013

Sesi Follow Balik

Sekarangni aktiviti follow memfollow blog ni menjadi semakin hebat, mungkin disebabkan arena blogging ni semakin diminati ramai. Pejam celik saja sekarangni follower blog krole ni dah mencecah 2 ribu lebih pergh! serius beb! memang tak pernah sangka boleh sampai begitu, waktu mula berblog dulu selalu krole bertanya kepada diri ini "adakah orang nak follow blog aku ni?". So dari mula lagi diri ini tak pernah nak letak harapan tinggi bab follower ini, janji krole boleh jadikan blog ni sebagai platform untuk krole berkongsi cerita, mencari ilmu, mendapat kenalan baru, memperbaiki pengolahan penulisan dan banyak lagilah benda-benda yang berguna. Tapi... semalam krole dapat jeritan dari seorang blogger, dia kata macam ni "krole ni sombonglah! orang dah follow blog dia... dia tak follow balik pula". Serius! krole minta maaf sangat kat individu tersebut, sebab mungkin krole terlepas pandang atau terlupa nak follow balik. 

Ohya! krole juga nak ucapkan tahniah kepada beliau kerana mencop diri ini sombong walaupun baru dua tiga kali datang ke blog ni. Rasanya baru juga krole buat entri tentang berbaik sangka ni (minggu lalu kot?), sekali lagi krole minta maaf sangat kat korang semua yang dah follow blog krole ni tapi krole belum follow balik blog korang, untuk pengetahuan semua krole ni dah berkahwin dan dah mempunyai seorang cahaya mata... kerja pula berniaga kat pasar... disebabkan terlampau minat dengan berblog ni kadang-kadang krole terkejar-kejar untuk bahagikan masa, so selalu saja terlepas pandang. Tapi tak salahkan kalau tegur cara elok, kita hanya manusia biasa... sekali-sekala buat silap juga kan?. So kepada semua krole harap mana-mana yang dah follow blog ni dan krole belum follow balik please tinggalkan URL korang kat ruangan komen entri ni, insyaAllah dalam kadar segera krole akan follow korang balik ok. Oklah krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : jangan terlampau cepat menilai seseorang itu~

19 Komen:

PeRdU cINta said...

Allahuakbar..sabar la mr krole..insyaAllah lama-lama orang akan faham..kadang-kadang apa yang kita lakukan biarlah kecil dan sedikit tapi ikhlas..itu yang penting..lagi satu..kalau kita buat baik pada seseorang jgn harap orang tersebut balas juga kebaikan kita kerana mungkin orang lain pula yang akan buat baik pada kita..baby zahrah dan mrs krole lebih utama..

Aku Penghibur said...

kita pon manusia biasa, memang akan ada saje mulut cm gitu ..abaikan saje.. apa pon acik sokongblog krole.. best ..cantik!! mane dapat gmbar cartoon bnyk2 tu ? buat sendiri ?

Qeela Aini said...

Tahniah! xramai yg mcm krole ni kot? yela siap buat entry lg unt mereka2 yg belum di follow balik tu, minta tgglkn link, huhu..bagus jugk mcm ni,tp sbr jela dgn mrk2 yg cpt judge tu kn :)

ISs said...

Wowww...ramai mmber...
orang kalau x geti sabar mcm tu la...
mcm2 status dy keluarkan nnti...
so,,buat x tau je...
support your blog.. ^^,

Sop said...

pencapaian yg hebat tu dpt follow 2k lebih
kadang kita follow ikhlas tttp ada yg follow utk harapkan org follow blk.. :)

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bunda jarang follow2 balik...suke hatilah bunda nak follow balik ke tak...bunda tak suke orang pakse2...itu tandenya dia tak ikhlas follow kita...

Mieza Jhaa K said...

Isshhh sampai macam tu sekali dia tuduh Krole? Mujur sy xkena lg setakat ni.. tp sy xkisah pn org follow balik ke tidak..terpulang..yg penting ikhlas..

Mieza Jhaa K said...

Berkenan pulak selipar jepun 'FOLLOW'..nak cari jgk lah..kalau berjalan tepi pantai, ketam pn follow kita..

ANISRAHIM said...

Sama la kiter :)

PakcikLie PCL said...

tahniah..ramai pengikut blog krole, ..masa sibuk kita mana lah org lain nak faham melainkan dia jg dalam situasi yg sama...sabor je lah.

Shammira said...

balas kunjungan..jom daftar asignjobs dan jana income sama seperti nuffnag dan churp2..daftar automatik $2 in DOLLAR belum diconverkan in RM akn dimasukkan kedalam acc profile..

http://cleopatrachentaamira.blogspot.com/2013/06/yahoooo-earning-assignjob-semakin.html

smbotak said...

dua ribu enam ratus sembilan puluh pengikut (setakat ni). fuh, letih jugak tu kalau kena follow balik tiap satu. tak follow balik bukan bermakna sombong...

Mia Liana said...

teguran tu... biasalah. wahhh tahniah krole. semakin ramai follower.

Wan Ahmad Izudean said...

tak folo balik bukan bermaksud sombong hoho,

sesungguhnya tiada paksaan dalam follow blog.haha

fyna said...

budi bahasa budaya kita. kita tak boleh memaksa orang lain untuk follow blog kita. maybe owner tersebut sibuk atau terlepas pandang kan. ^_^

el said...

kita sebagai blogger kena kental beb..haha kdg2 bahasa diorg tu mmg kasar..ada blogger yg kena hentam kaw2 pun masih boleh senyum..tulah ubat dia....take it easy feel good haha apa aku merepek tahhh

weii ko ada folo aku x..haha..eh aku rs aku x folo ko pun..hehe tp aku link oklah kan..muahahaha

el x kisah org suh folo el folo
lau org tu folo el..tp x gtau suh folo..el x folo lah haaaaa hahahaha

puteri kasih said...

biasalah tu bro..bukan semua orang tau berbudi bahasa..sabar la yer. Yang penting kita follow sesebuah blog secara ikhlas kan :)

caliph shuriken said...

owh, sy rasa kita dlm situasi yg sama.. mmg lebih bz dgn urusan keje.. bW pun ikut sempat jaa.. klau org yg biasa dgn sy mmg tau cara sy reply bW walaupun delay sikit, huh...

caliph shuriken said...

*terlupa tadi..

selama ni sy ingatkan krole keje dgn gomen, sori ^^