Tuesday, June 18, 2013

Melancong Ke 3 Buah Negara Dalam Masa Sehari

Awal pagi tadi tak tahu kenapa... kebosanan melanda bertalu-talu, line internet pula buat hal untuk ke 150 juta kali (amboi). So krole pun bawalah Mrs. krole dan baby zahrah melancong...? destinasi pertama kitaorang adalah negara china, bukan apa... mula-mula tu kitaorang rancang nak jogging kat tembok besar china tu... tapi setelah 10 minit berlalu pergh! memang tak larat beb! panjang betul tembok tu!. Rasa macam nak tercabut kaki, tangan, dan yang sewaktu dengannya kat tubuh kitaorang ni.

Disebabkan terlampau letih berjogging di tembok besar china tu, krole sekeluarga pun sepakat nak lepak kat india lepas tu... Tapi... tak tahu kenapa? sekejap saja kitaorang sampai... destinasi yang dituju adalah taj mahal yang mahal kat sana tu, seronok juga lepak kat sana... udaranya nyaman dan roti canainya memang terbaik dari ladang punya! hahaha!.

Bila dah puas round-round india tadi... baru krole sekeluarga perasan, yang kitaorang belum makan lagi sejak dari tadi... hm... mungkin terlampau seronok berjalan sampai makan pun tak ingat... So destinasi untuk makan malam adalah paris... yes! paris beb! kitaorang makan kat warung sebelah menara eiffel tu, hm... tak ingat krole namanya. Cuma... terasa susah sikit nak order makan kat situ, sebab bahasa diaorang krole tak faham. Akhirnya kitaorang order maggie kari special hahaha!. Setelah puas pusing-pusing satu kota paris tu krole sekeluarga terus balik ke tanah air tercinta dan sekarangni baru sampai rumah hm... letih yang teramat hari ini hahaha! macam betul saja cerita ni hahaha! to all reader... tolong jangan percaya dengan entri merapu ni hihihi. Apa-apa pun... happy blogging semua.

Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : senyum-senyum selalu~

17 Komen:

Mohd Ghazali Abdullah said...

Amboi...jauhnya mengembara

Giorgio Izas said...

Aduh... Giorgio dh beriye sgt bace Entry Bro Krole ni...
Alik2 dh mcm karangan mase kecik2 dulu, ending ngan mimpi... Ha3...
Terbaikla Bro... (^_^)

BUNDA a.k.a KN said...

bunda pun terikut sama mengembara..

PakcikLie PCL said...

berangan jugak pcl ke Tembok Besar China tu..apa lg ke Taj Mahal. best jugak eheeee..

Shaiful Zaidi said...

semoga impian krole terlaksana.

GOOD LUCK UTK DIGI WWWOW AWARD.

puteri kasih said...

terima kasih sebab membawa puteri memgembara dengan membawa cerita bro ni..hahaha

Aku Penghibur said...

wahhh untunglah :)

el said...

ni dah kenapa..borin sgt lah tu
smpi xtahu dah nak story ape
tp mmg best bc..w/pun el tahu tu semu omong kosong tp lau itu semua dlm mimpi apa salahnye hahaha

menu poisson..cam nk bg mati je hahahahaha

fyna said...

malam tadi fyna pergi korea. Jeju Island..

*bestnya mimpi pergi oversea*

Mieza Jhaa K said...

Best kalau betol2 dapat pergi..

Mizz Aiza said...

seronoknya kalau betul2 dapat menjejakkan kaki di sana..

iAmCekbolat said...

homboiii . larat nya baby zahra dgn ayah n mama g jalan yeeee .

boni kacak said...

hahaha.. aku ingatkan betullah tu.. baru nak ikut.hehehe

sop said...

Mengembara x pelawa Sop pun
nak ikut... hrhehe

krole said...

to all : sorry all for the entri merapu ni hihihi...kebelakangan ni krole tngok ramai mmber2 blogger update ceta cuti2 malaysia...so disebabkan diri ini teringin sngat nak melancong cam dorank semua...maka...terciptalah entri ni hihhi...thanks for ur time~

hana hadi said...

menjelajah 3 negara degan hujung jari je(online). hehe tapi best gak kalau berangan macam ni.

kadang2 terfikir ada x yang berjaya lalu tembok besar cina tu..huhu seksa kot. naik moto boleh x. tapi kan kalau kita parking keta sebelah sini. kita naik tempok besar cina dan sampai ke hujung tu. mestilah kita kena patah balik sebab keta kan ada kat tempat yang awal2 tadi haha

luas x daya imaginasi hana.. hehe

S.K.A said...

ha3 terbaek la..baca yg cina td igtkn da btol last..cam plik je..mcm 3 tmpat ni bjiran plak..ha3..