Saturday, June 8, 2013

Sepupu Jadi Raja

Amboi tajuk tu! hahaha! sebelum apa-apa nak beritahu kat korang semua yang sepupu krole tu bukannya dilantik menjadi rajakah atau apa ya. Sebenarnya semalam merupakan detik bersejarah bagi sepupu krole ni (dalam gambar), kerana akhirnya pada umur 30 tahun beliau menamatkan zaman bujangnya yeah! hahaha! krole pula yang terlebih excited. Bukan apa... dalam banyak sepupu krole kat kampung ni beliaulah antara yang paling rapat a.k.a kamcing dengan krole. Alhamdulillah majlis beliau semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan tetamu juga pergh! memang ramai gila!. Ohya! nak cerita ni semalam krole diilantik sebagai ketua pemantau bahagian lauk-pauk kira dalam tinggi jugalah pangkat krole semalam hahaha!.

Tugas krole pantau saja... bila ada lauk yang kurang terus topup, boleh kata AJK-AJK lauk-pauk semalam semuanya mendapat pujian dari tuan rumah a.k.a pakcik krole... sebab cepat bertindak, kira first class punya perkhidmatanlah katakan hahaha! (ketawa bangga yang tak riak). Gambar kat tu waktu majlis dah nak habis, waktu ni barulah krole sempat mengucapkan tahniah kepada sepupu tersayang, tengok senyumannya... maniskan? yang buat senyumannya tu sampai ke pipi sebab waktu ni krole kata kat dia "saya sebagai presiden persatuan suami-suami sedunia mengucapkan welcome to the club" hahaha!. Sebenarnya lepas krole kata macam tu terus dia ketawa guling-guling kat lantai hahaha!... ok sekali lagi tolong jangan percaya dengan kenyataan itu ya. Oklah merapu dah krole ni so happy blogging semua.




p/s : tahniah~

11 Komen:

Wana Shahirah said...
This comment has been removed by the author.
Wana Shahirah said...

Tahniah to sepupu krole

Nurul Farahizzati said...

waaa.. congrat for your cousin :)

nadia arrumaisha said...

majlis pd mlm hari ke krole... Apapun tahniah untuk sepupu krole ya

PeRdU cINta said...

alhamdulillah bertambah ahli keluarga ye mr krole..syukur..ramadhan kali ini lebih meriah..lebih berkat..moga sepupu mr krole berbahagia sentiasa.. amin :)

Aku Penghibur said...

alhamdulilah :) tahniah ..tambah ahli baru ..selamat pengantin baru kepada sepupu krole

puteri kasih said...

tahniah kepada sepupu bro krole..moga berkekalan :)

Anonymous said...

Meet up with This Year's Philippine Oscar Nominees

Here is my website Optoma HD33 review

caliph shuriken said...

congratz kt sepupu krole ^^

Mieza Jhaa K said...

Tahniah...wajah kamu berdua ada iras2 la..

trah zain said...

besttengok org kawin,,haha...
barakallahulakuma ^___^