Sunday, June 9, 2013

Dimana Letaknya Kebahagiaan

Cuti sekolah dah berakhir... sepanjang cuti sekolah ni banyak juga orang kahwin kan?. Kalau nak cerita tentang jemputan kahwin tu pergh! memang terlampau banyak hinggakan ada sesetengah jemputan tu krole tak dapat nak pergi (dah minta maaf). Pagi tadi krole sempat timbang berat badan dan tahniah! berat badan meningkat sebanyak 5kg hahaha! pencapaian terbaik krole setakat ini. Tapi... tak sangka pula penghujung cuti sekolah yang meriah ni berakhir dengan suasana yang suram?. Sebenarnya petang tadi seorang sahabat krole ni dilanda hm... macam mana nak kata ni ya... kira dilanda sembilu dukalah. Cintanya ditolak oleh ibubapa pasangannya, aduh! kasihan juga krole tengok tadi. Tak tahu kenapa? dalam ramai-ramai sahabat... krole juga tempat dia nak mengadu. Kalau nak diikutkan selepas raya nanti dia nak masuk meminang pasangannya ni. So semalam dia beranikan diri untuk menelefon ibubapa pasangannya tu buat pertama kalinya. Selepas dia perkenalkan diri nak tahu apa soalan pertama dari bapa pasangannya tu?, "kau kerja apa?".

Sahabat krole tadi kerja 'supervisor' kat kedai barangan elektrik di Kota Kinabalu. Tapi... tak tahu kenapa, bila tahu benda tu si bapa tadi terus bulat-bulat tolak sahabat krole tadi. Katanya kerja tu tak menjamin masa depan anaknya nanti?. Aik? pula dah... Apa lagi, sahabat krole tadi pun terus tak tentu arah. Dia telefon pasangannya pun dah tak berangkat, cuba telefon si bapa tadi pun sama juga situasinya. Hm... lama juga kitaorang sembang tadi, yang sedihnya bila beliau bercerita sambil bertitisan air mata, aduh! lelaki ni egonya tinggi kalau dah sampai keluar air mata... itu tandanya dia betul-betul sayang dengan pasangannya tu. Krole hanya mampu mendengar... memberi nasihat dan medoakan agar jodoh mereka dipanjangkan oleh Allah S.W.T. Pelik juga zaman sekarangni... krole tengok duit jadi keutamaan, dimana letaknya kebahagiaan? adakah kebahagiaan itu terletak di kertas yang bergelar wang? hm... dunia oh dunia. Oklah malas nak cerita panjang pasal ni, sedih pula krole terkenang so happy blogging semua.


IKLAN : Sila klik sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year"



p/s : doakan moga sahabat krole dipermudahkan ya, Amin...

14 Komen:

Aku Penghibur said...

ermm sedihnya .. janganlah mcm tu, memang betul segalanya perlu duit, tapi keredhaan Allah adalah lebihh penting, supervisor ok sgt, at least ada kerja dari menganggur ?

fyna said...

errr...sedih pula kan bila jadi macam nih kan. jodoh di tangan Tuhan kan...

Mizz Aiza said...

agaknya memang dah bukan jodoh kawan krole tu dengan perempuan tu kot.. pasti ada hikmahnya, yang penting kena terus berusaha&jangan berputus asa.. hidup mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi..

Sop said...

bukan jodoh atau itu cabaran kepada rakan krole
setiap jodoh telah ditentukan dengan pilihan yg terbaik :)

||aLeaSaRa|| said...

owh jadikan itu satu cabaran.buktikan kesungguhannya untuk menjadikan si dia sebagai isteri.mungkin pakcik tu anggap jawatan tu tak besar mana.kalau masih ada cinta,si dia tu pun kenalah bijak mainkan peranan.beri cadangan dan semangat untuk kawan krole tambahkan income dengan berniaga part-time ke...

puteri kasih said...

sedih pula baca kisah ni..tapi tulah tanpa restu orang tua memang payah juga. Namun akhirnya jodoh itu ketentuan. Kalau dah tertulis jodoh mereka bersama..akhirnya akan bersatu juga :)

Ayu Idayu said...

sedih la pulak baca.. kalau dah jodoh tak kemana.. huhuhu..

Giorgio Izas said...

Bile plak Giorgio nk merasa nasi minyak Bro Krole ni?

cik natasya (: said...

Humm . Kesian sahabat krole . semoga dia tabah menghadapi nya . Tapi jujur nk bgtau . Memang manusia sekarang pentingkan duit . Mereka fikir duit boleh beli kebahagiaan ke apa ? Sedih . Btw , kalau jodoh tak kemana . Sabar :)

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya...

mungkin takder jodoh, Allah itu maha mengetahui..

penolakkan keluarga sigadis itu adalah sebagai satu medium/alasan yang menunjukkan itu bukan jodohnya...

mungkin ada hikmah disebalikknya.. mana tahu Allah telah tetapkan jodoh yang lebih baik dari itu...

bersabarlah..setiap sesuatu kejadian itu Allah jadikan dengan alasan tersendiri...

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr/mrs krole and baby zahrah..yihuuu..setiap ibu bapa ingin anaknya hidup bahagia..siapa pun..tanyalah..harta wang ringgit memang satu keperluan untuk teruskan kehidupan..namun tidak semua boleh dinilai dengan wang..kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang namun dengan wang kita boleh mencipta kebahagiaan..

latifah zainal said...

kerja supervisor tu kira ok la jugak.ada jugak kerja drp tak bekerja kan.smga shbt anda bersabar..kalau ada jodoh tak kemana...

krole said...

to all : tu lah...cba korang bayangkn korang kat tmpt krol...mendengar luahan dari sahabat camtu..huh! sedih beb...

AiSyA LiEzA said...

sedih mmg la sedih!! nnti khwn boleh la sama2 saling mbntu.. wang bukan sgalanya juga tapi penting gax.. tapi kalau dh khwn, kalau x ckp wang leh cari usaha lain kan? :) ibu bapa kena faham gax ^^v