Wednesday, June 26, 2013

Doa Sewaktu Hujan Turun

Alhamdulillah... rasanya kat kampung krole ni dah 2 minggu lebih tak hujan. Kalau nak diikutkan pun hari ini tak ada sebarang tanda pun nak hujan. Tapi kalau dah kehendak Allah maka "jadilah ia". Syukur sangat... al-maklumlah sekarangni kan udara kita bermasalah dengan virus yang bergelar jerebu (sampai naik sesak nafak kalau duduk luar lama-lama). Lepas hujan petang tadi... krole tengok ruang angkasa seperti dah berseri semula, dan udara pun alhamdulillah semakin segar berbanding sebelum ni. So hari ini nak kongsi dengan korang semua doa sewaktu hujan turun. Nak tak?.

Sememangnya kita tahu kan... waktu hujan ini adalah diantara waktu mustajabnya berdoakan?. So apa lagi... ikut krole ya... "Allahuma Soyyiban Naafi'aa" Amin. Maksudnya adalah "ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, binatang dan tumbuhan). Harap perkongsian yang sedikit ini dapat menguatkan lagi kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Kerana sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh berdoa kepadaNya. Oklah krole nak terbang-terbang kejap so happy blogging semua.



p/s : sejuknya dunia selepas hujan turun~

13 Komen:

Aziz Safian said...

nice info.thx for sharing..salam perkenalan. :D

folo u..folo me back yeah. :D

http://bloqazizsafian.blogspot.com

PeRdU cINta said...

n3 berilmu..alhamdulillah..betul la mr krole..jua suka hujan..suka berdoa..lagi satu masa sekolah dulu ustazah selalu pesan,,semasa azan berkumandang pun elok kita tadah tangan berdoa sambil mengadap kiblat.. :) moga semua doa kita Allah makbul kan..kan..

Nao Mei said...

perkongsian yang indah..thank ya

Aku Penghibur said...

alhamduliah ,thanks sharing , sangat berguna untuk diri ini

Mizz Aiza said...

alhamdulillah.. kat tempat aiza baru hujan malam semalam.. terima kasih berkongsi doa ni krole.. :D

S.K.A said...

Amin =) alhamdulillah..hujan juga akhirnya..

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulillah..hari ni taiping hujan lebat sangat..

Sop said...

KL pun turun hujan skit tadi :)

azman said...

hujan rahmat.. alhamdulillah syukur..

Mieza Jhaa K said...

Nice entry..kat Dungun semalam je hujan..arini panas balik..

Cikgu Kacamata said...

Syukur alhamdulillah. Allah tu maha pengasih dan penyayang...

el said...

alhamdulilah at least kurang lah jerebu..kt penang pun 2 hari berturut2 hujan w/pun xlebat..pagi2 dah bersinar2 matahari..cantek langit2...

tp sllunya manusia ni cepat lupa
lau ujan ke panas ke...mula merungut tp bila jadi mcm ni baru nak mencari si DIA..hehe biasalah manusia kan nobody perfect...

krole said...

to all : marilah kta bersama2 mngamalkn doa ini dalam hidup sharian kta,Amin..