Sunday, June 23, 2013

Manusia Perlu Menangis

Bohonglah kalau ada sesiapa kata dia tak pernah menangis dalam hidup ni? (kontrol macho) hahaha!. Sedangkan apabila kita lahir saja didunia ini benda pertama yang kita buat adalah menangis, siap pitching tinggi lagi tu! uwah!. Menangis ni kita boleh kategorikan kepada beberapa kumpulan (wuah! macam lagu pula siap ada kategori lagi), seperti menangis dalam kegembiraan, kesedihan, keterharuan, dan banyak lagilah. Kadang-kadang tu tengok cerita-cerita contohnya hindustan pun boleh buat menangis... dimana sang hero dibelasah oleh penyangak cerita tu hahaha! selalunya krole nampak situasi ni kat dalam panggung wayang, aik? krole tengok cerita hindustan? aduh! kantoi!.

Lagipun sememangnya kita tahu... melalui kajian manusia, menangis ni banyak kebaikkan sebenarnya. Contohnya seperti dapat mengurangkan stress, membantu memperbaiki penglihatan mata, mengeluarkan toksik dan banyak lagilah. Dalam agama islam juga ada menyebut perihal menangis ni. Tapi... bukannya seperti kategori menangis yang tadi ya, ia lebih kepada menangis disebabkan takut kepada Allah S.W.T dan dosa-dosa yang telah dia lakukan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda "sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka". Oklah! rasanya sampai disini saja buat hari ini, so happy blogging semua.



p/s : Menangis kerana Allah S.W.T

15 Komen:

anis Sk said...

betul betul. lepas menangis mesti mata macam cerah drpd biasa. =)

caer sasuke said...

baru lepas menangis..hurm

PeRdU cINta said...

nice sharing la mr krole..saya suka..saya suka..ermm..lari lari lutut luka,saya suka..air mata yang mengalir itu warnanya tetap sama..jernih bersih..walau daripada pelbagai rasa emosi..luahan yang terbaik tatkala diri seakan sesak menanggung emosi :)

Giorgio Izas said...

Menangis... Yup, mmg perlu menangis...
Itu tandanya kita masih mempunyai hati & perasaan... (^_^)

Mizz Aiza said...

menangis tu normalkan.. terima kasih mengingatkan.. menangis kerana takutkan Allah swt..

Sop said...

semoga kita menangis ke arah yg diperlukan :)

Nurul Farahizzati said...

betul tu.. mata zizie pun dah naik berair ni.. sebab jerebu.. huhu..

S.K.A said...

alamak..tiba2 rsa nk mnangis pula bca entri ni..terharu he3..mnt hndustan tu..terbaik la :)

puteri kasih said...

selagi manusia itu ada perasaan..pasti dia akan menangis bila hatinya tersentuh kan bro :)

||aLeaSaRa|| said...

erk hindustan he3...kantoi ler tu ngeee...owh menangis memang bagus untuk hilangkan stress.kadang2 kalau marah sangat2 tak sedar airmata laju je mengalir huwaaa...

ye betul tu...menangis kerana Allah..banyak pahala ^^

Izzah said...

Lepas menangis...mesti akan dpt redakan sedikit tekanan...

Mieza Jhaa K said...

Kalau mcm saya ni mcm mana? Menangis dan ketawa sama byk..

miranadia said...

tapi jangan nangis terlampau. ahha

Scarlett O'Hara said...

dah lama tak boleh menangis walau nak sangat menangis.

AiSyA LiEzA said...

HEHEHEHE XD menangis itu prlu :)