Monday, June 17, 2013

Kesihatan Itu Penting

Malam ni terkenang pula kat mak mertua krole, alhamdulillah pada bulan april tu mak mertua selamat dibedah. Kalau korang ingat, kan krole pernah buat entri berkenaan mak mertua krole yang sakit hempedu, hah! ingat pun... mesti korang banyak makan kismis ni kan? hahaha!. Waktu krole melawat mak mertua krole kat wad, banyak krole nampak kakak-kakak, makcik-makcik, dan nenek-nenek yang senasib dengan mak mertua krole hm... maksud krole sakit. Waktu tu krole sempat bertegur sapa dengan pesakit sebilik dengan mak mertua krole. Tak sangka... ada seorang akak ni, umurnya krole rasa dalam lingkungan 29 begitu. Dalam usia sebegitu beliau dah menghidap sakit barah otak.

Ya Allah! terkejut krole waktu tu, dengan slumber sahaja beliau memberitahu tentang sakit yang dialaminya (siap senyum lagi). Panjang lebar krole, mrs. krole dan  mak mertua krole sendiri bersembang dengan beliau. Alhamdulillah akak tu seorang yang kuat semangat, dalam keadaannya seperti itu krole tengok beliau masih menjaga solatnya. Waktu tu terus terdetik dihati krole, alangkah bertuahnya kita yang dianugerahkan kesihatan yang baik olehNya, kalau sakit pun setakat demam dan selsema... itupun ada sesetengah insan, baru demam dah malas nak solat... konon tak larat katanya. Hm... begitulah manusia kan? diuji sedikit dah lupa... dah malas... dah leka... Walhal seberat-berat ujian daripadaNya adalah kesenangan. Hm... oklah! happy blogging semua.

Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".


p/s : jaga kesihatan ya~

14 Komen:

Giorgio Izas said...

Semoga smuenye sihat walafiat hendaknye... He3... Bro Krole Chat x? (^_^)

PeRdU cINta said...

moga kita bukan kalangan hamba yang lalai dalam kesenangan dan leka dalam kesakitan..sakit gigi pun boleh hilang sabar..bukan kata orang,,lalat pun kena marah..moga kita sentiasa tabah..

Aku Penghibur said...

itulah ujian Allah untuk umatnya :) terima dengan hati yang tabah

Norhasniza Khalid said...

errm.. tabahnya kakak tu ye...

光 HIKARI said...

Alhamdulillah sihat..

Sop said...

semoga kita terus diberikan kesihatn yang baik.. amin

Nurul Farahizzati said...

bagi kita yang sihat, kita tertanya2 mcm mana dorang mampu senyum, tapi sebenarnya jauh di lubuk hati dorang, kita tak tahu.. huhu..

tenku butang said...

semoga dikurniakan kesihatan yg baik..aminn

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

sakit tu penghapus dosa...harap mak mertua sehat kembali..

fyna said...

semoga kita menjaga kesihatan kita dan dikurniakan kesihatan yang baik2... amin.

good luck untuk digi award!! ^_^

AiSyA LiEzA said...

jaga pemakanan n gaya idup ^^

Mizz Aiza said...

mencegah lebih baik dari mengubati.. akak doakan semoga ibu mertua krole cepat sembuh ya..

el said...

betul tu kdg2 kita yg sihat tu lalai dan alpha..tau seronok jer hahahaha

beringat2lah ea...

smoga mil n kakak tu cepat sembuh dah sihat2 selalu dan diberi kesihatan yg baik amin

krole said...

to all : alhamdulillah da selesai majlis akikah baby zahrah, terima kasih kalian atas doa yang diberikan~ Amin Ya Rabb