Thursday, November 22, 2012

Berikan Kekuatan Kepada Dia

Hari ini krole ke Kota Kinabalu bersama keluarga, tapi bukan seperti selalunya dimana kita orang pergi berpiknik, "shopping", santai di pantai hm... boleh kata... menghabiskan masa bersama-sama dengan aktiviti yang boleh membuatkan kita orang melompat keriangan dan ketawa guling-guling hihihi. Tapi, hari ini tujuan kita orang ke Kota Kinabalu adalah untuk menemankan ibu mertua krole berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Queen Elizabeth (yang krole cerita dalam entri sebelum ni). Kasihan kat mak mertua... serius beb!!! waktu nak masuk bilik pemeriksaan tadi mukanya jadi pucat, dan sampai sekarangni krole tak lupa akan pertanyaannya, "sakitkah bila kamera tu masuk perut mak?", aduh!!! rasa macam nak keluar je air mata pahlawan krole waktu tu. 

Untuk menenangkan hati mak mertua, so krole cakaplah "ala mak, tak sakit punya... geli-geli je tu" dengan senyuman yang kurang gula mak masuk ke bilik pemeriksaan. Agaknya 4 jam juga kita orang tunggu tadi, sambil berdoa agar mak diberikan kekuatan dan keselamatan. Tiba-tiba pintu dibuka dan tada...!!! mak keluar sambil senyum malu-malu kucing. "tak sakit pun" kata mak... "cuma rasa tak berapa nak selesa badan ni" bukan apa katanya sebelum kamera tu dimasukkan ke dalam perut melalui mulutnya beliau diberikan "ubat bius" dan perkara yang dikatakannya tak berapa nak selesa tu kerana sebelum memasukkan kamera tu doktor memasukkan angin ke dalam perutnya? (tak pasti macam mana, malas nak tanya lebih-lebih hihihi). Dalam tengahari barulah kita orang dapat keputusan pemeriksaan mak tadi, rupanya perut mak berkuman (dalam kuantiti sedikit) dan hempedunya... hm... doktor belum buat keputusan lagi sama ada perlukan pembedahan ataupun tidak? yang pastinya buat masa ni doktor bagi ubat untuk melawan kuman di perut dan tahan sakit untuk hempedu mak. Harap-haraplah semua ok lepas ni, happy blogging semua.




p/s : mak memang tabah~

8 Komen:

Crack said...

Bro Krole, serius mak mertua bro krole kuat, kalau saya mau dah menangis, anyway takda rawatan alternatif ka? tarian gunung ledang ka...apa ka...at least toksah buat pembedahan... Apapun, doakan mak mertua Krole sihat.

Mia Liana said...

semoga tabah dan kuat semangat ya.. mak mertua krole tu...

Unknown said...

Alhamdulillah xsaket..hehehehe..moge mak mertua encik krole cepat sihat ! =)

panda montel said...

Good... hehe... ari tu masa wen sedang teruk sebab gastrik, doktor suruh datang next week untuk teropong perut. nak tengok masalah perut wen katanya, tapi haram, wen tak p. takut. LOL...

panda montel said...

BTW, dah ada sambungan citer Kisah terakhir kat Tulisan WEN. kot kot nak baca hehe

krole said...

crack : huhu skngni ada jua krole cbe altrnatif lain (berubat kampung),janji usaha kan~

ML : thanks wak...insyallah~

AinN : thanks wak~amin...

wen : sebnarnya wen..mnurut mertua krole..tak adalah skit sgt..wuah!!! bahaya tu..baik wak p cek nnt~

dariilhamkehati said...

wah , dahsyat kan , perut berkuman ?? bole jadik kat sapa2 je kalaw kite tak jage pemakanan ?? betul tak ? tetibe rase takut lak ..

krole said...

CP : tu r..nasib baik tak ada apa2~