Hairan bin ajaib kan? walaupun dizaman yang serba moden ni masih ada segelintir masyarakat kita yang masih lagi mempercayai atau melakukan perkara dan perbuatan yang berunsur "syirik" ni. Sebelum krole membebel lebih panjang, izinkan krole menerangkan apa maksud syirik ni ya. Syirik ini adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Tapi lain pula ceritanya sekarang ini? kalau kita tengok di majalah-majalah atau apa sebarang media pun banyak menceritakan tentang perilaku masyarakat sekarang melakukan perkara-perkara yang berupa syirik ni? yang muda dengan "minyak pengasihnya", yang dewasa dengan "ngangkungnya" dan yang tua dengan "susuknya".
Adakah dia orang ni tak sedar yang perbuatan yang mereka buat tu berupa syirik? iaitu menduakan Allah s.w.t. Kalau nak jodoh pintalah dengan Allah dan amalkanlah doa-doa pendekat jodoh (dalam Al-Quran), kalau nak kaya pintalah kepada Allah kerana sesungguhnya kekayaan itu semua daripadaNya (amalkan ayat seribu dinar), kalau nak cantik pintalah kepada Allah kerana sesungguhnya kecantikkan itu semua milikNya. Tapi masyarakat sekarang ini lebih suka jalan mudah, yang paling ketara dan semakin popular sekarang ni adalah memuja benda-benda yang dianggap keramat bagi mendapatkan "nombor bertuah" (toto).
Tanpa mereka sedari perbuatan mereka itu mengundang kemurakaan daripada Allah s.w.t kerana perbuatan menyekutukan Allah ini adalah perkara yang amat ditegah dalam agama kita dan besar dosanya. Hinggakan terdapat firman Allah yang menyatakan sekiranya kita melakukan perbuatan syirik ini tidak akan diampunkan dosa dan dijauhkan daripada pintu syurga (haram). Jadi marilah kita sama-sama berdoa diri kita dan umat islam yang lain tidak akan sekali melakukan perkara-perkara seperti ini. Happy blogging semua.
Firman Allah yang bermaksud :
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.”
(Surah al-Ma’idah, ayat 72)
p/s : minta dijauhkan daripada perbuatan syirik ni~
17 Komen:
memang masih ada yang sanggup melakukannya, nauzubillah
ramai yang terjebak dengan benda2 syirik ni.. moga kembali ke jalan yg benar
Bro krole...kartun tuh....wkakkakakakakak... tu la bro, ramai sangat mengamalkan menda-menda syirik ni, sampai ada yang sanggup lepak kat kubur tengah-tengah malam cari nombor BERTUAH...apapun ,moga2 mereka insaf.
kretif laa blog nie aku suka..
hahaha aku nie jenis malas baca.
tapi tengok kartun tu yang buat aku baca blog nie teerbaik..
datang follow dn singgah blog bro
http://uwaisaminin.blogspot.com/2012/11/buat-dosa-tambah-dosa-lagi-berani-buat.html
moga dijauhkan perkara sebegini...amiiinn..
Astaghfirullahal 'Azim.. Nauzubillah .. huhu
smg kt dijauhkan dr syirik ni smua.. huuu rkyt mlaysia khusus org melayu yg sk amal2 cemgini, kena rawat balik dr akar. baiki aqidah semula huhu..
ada ja.. kalau kita buat saja2 xleh ek..
bukan zaman moden je... zaman yang super moden nanti pun masih lagi ada yang percaya...
hurm.. kita doakan sama2 agar orang2 macam ni insaf..
semoga kita dijauhkan daripada perkara2 syirik ni....
Krole, kalau ko p Kundasang memorial Park, masih ramai yang buang syiling di kolam sana. huhu... cuba ko kempen durang jgn buat benda nda elok, hehe. gurau jaaa
siti rokiah : huhuhu tau xpew wak~
syeila : hrp2 mereka bertaubat cpt~
crack : huhuhu mantap kan bro crack...tau xpew..adakah lepak kat kubuq mlm2 buta~
Aminin : huhu thanks yew wak~ and FYI kat blog ni ada cbox..tu kat official owner tu~
miss Yui : insyallah wak,amin~
cik matahari : insyallah wak...benda camni kena rawat dr puncanya~
hnahdy : pergh!!! tak bule bro..perlakuan tu..walopon niat kte sje2
tukang karut : kre spanjang zaman r kan bro~
nurina : insyallah wak,amin~
boni : tu r bro..jnji kacak hahaha
wen : huhuhu...btul tu wen..nnt kta kempen sma2~
mintak dgn Allah lebih baik kot . In syaa Allah akan dimakbulkan drp mnx dgn kolam kee batubata kee. haih
meeSG : btul wak..ntah pape ntah dorank ni~
There are many opportunities to learn about the history and cultural traditions of the island. [url=http://www.fillerobe.com]canada goose[/url] The gvrw sticker is to tell how much weight can be in the truck as in what would be in the truck bed, passengers, and accessories. [url=http://www.d2now.com]canada goose parka[/url] Lbnsqkrfc
[url=http://www.jacketstorontoonsale.com]canada goose bomber jacket price[/url] Zhbatnpcn [url=http://www.louboutinstoreuk.co.uk]christian louboutin sale[/url] fjkabkkxa [url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose jackets[/url]
Post a Comment