Monday, July 18, 2011

Kalaulah Aku Boleh Terbang

Huh!!! tajuk memang tak boleh blah~ kalaulah krole boleh terbang pasti banyak perkara yang krole boleh lakukan tapi... perkara pertama yang paling best sekiranya krole boleh terbang adalah hihihi... cuba teka??? huhuhu silap!!! kalau krole boleh terbang... yang bestnya tak payah lagi risau macam mana nak balik kampung, dapat cuti je terus terbang balik kampung wuah!!! bestnya!!! tak payah lagi risau akan harga tiket flight, ni asal dapat cuti mulanya memang happy tapi bila tertengok harga tiket pergh!!! hancur lebur poket dan tabungku~ sebenarnya entri ini adalah luahan hati krole kerana sekarangni tak tahulah rindu sangat nak balik kampung~ kalaulah harga tiket flight macam harga tambang bas, pergh!!! komfirm krole balik kampung tiap minggu... boleh jumpa keluarga yang tersayang, saudara-mara dan tunang (ah!!! rindunya!!!).

Tapi apakan daya itu hanya angan-angan kosong yang hanya bermain-main difikiran krole bagi melegakan kerinduan yang semakin hari semakin merindu (aik??? macam tajuk lagu je ni???). nasib baiklah ada telefon kalau tak huh!!! boleh mental juga ni... kawan-kawan kat tempat kerja pun selalu perli krole, kata anak manjalah... itulah... inilah... tapi tak apa, korang tak rasa lagi apa yang krole rasa... bila korang dah bertunang nanti tengok macam mana pula respond korang huhuhu... tak sabar pula nak tengok, kepada member-member blogger happy blogging semua, maaf ya entri krole sedikit merapu (sedikitkah???).




p/s : terbang tinggi-tinggi~

5 Komen:

Idris said...

alamak..bab rindu tunang tu mmg berat tu krole..kena cepat2 beli tiket tu...

blog-tips-kurus said...

hhhmmmm..kena cepat NIKAH le bro. hehe!
*kan selalu terbang ke blog? :-)

krole said...

cikgu idris=da beli tiket pon huhuhu~

krole said...

tips=huhuhu tu terbang lain..ni terbang btul2 punya~insyallah

Ellen said...

wah....rasanya rindu ngan si dia tu yang lebih kan krole..hehe...