Thursday, July 28, 2011

Keputusan Malaysia Lawan Singapura

Akhirnya harimau ditumbangkan juga oleh singa~ setelah menyaksikan perlawanan yang krole rasa terbaik dari kedua-dua pasukan... pasukan tanah air terpaksa akur dengan kekalahan argregat 6-4 kerana hanya dapat seri 1-1, nampaknya singa akan mara ke pusingan ketiga pra-kelayakan piala dunia 2014, manakala harimau... hm... malas pula nak kata (tak ada mood) namun walau apa pun, persembahan yang ditonjolkan oleh pasukan tanah air amat baik dan konsesten berbanding sebelum ini, kira ada kemajuanlah katakan!!! tapi itu belum cukup lagi~ kerana terbukti pasukan kita belum mampu lagi sampai ke level dunia!!! insyallah mungkin satu hari nanti. krole pun bukannya terer bab-bab bola ni tu yang malas nak ulas panjang nanti krole pula kena balik ahaks.

Apa-apa pun krole tetap dan sentiasa akan menyokong pasukan tanah air, dan krole harap prestasi mereka akan meningkat dari masa ke semasa... dan moga satu hari nanti "harimau malaya" akan digeruni di mata dunia... tiada yang mustahil dalam dunia ini, bezanya hanya pada usaha kita untuk mendapatkan satu benda itu. go...!!! go...!!! malaysia!!!.





p/s : sedih sikit ngan keputusan ni~

0 Komen: