Saturday, July 30, 2011

Beginikah Sambutan Bulan Puasa

Tadi krole dan member-member keluar jalan-jalan kat pekan kajang untuk menghilangkan rasa boring yang maksima!!! hehehe... macam biasa bila dah keluar ramai-ramai ni tempat pertama yang dituju adalah pusat karaoke hihihi melalaklah kat sana sejam dua~ bila dah suara hilang destinasi yang kedua adalah pusat permainan video game, pergh!!! time ni memang meriah, lepas tu macam biasalah sesi membuncitkan perut ahaks apa lagi pergi makanlah!!! so ini yang krole nak cerita... waktu kita orang tengah lepak-lepak tu adalah mamat kat sebelah ni bersama geng-gengnya pergh!!! kalau tengok pemakaian diaorang pun pergh!!! dah macam artis tapi sembang memang tak tengok tempat, sembang macam kedai tu dia punya, suara dia je kedengaran hehehe... biasalah orang muda kan???.

Tengah diaorang sembang-sembang tu krole ada terdengar member dia kata... "weiii!!! minggu depan dah start puasa, jom pergi pub malamni minum-minum" terkejut juga krole waktu dengar tu, dan mamat tu pun jawab "ok juga tu, sebulan o puasa baik kita mabuk-mabuk dulu, lepas ni dah susah dah" aduh!!! kenapa berfikiran macam tu pula... pelik juga krole beginikah sambutan bulan puasa... bulan mulia tu!!!


Sepatutnya kita memperbanyakkan ibadat untuk menyambut bulan yang mulia ni, tapi sebaliknya pula diaorang ni, nak tambah dosa lagi... tak takutkah dengan Allah... punyalah banyak air minuman dalam dunia ni~ air kencing syaitan itu juga jadi pilihan... walhal telah banyak diceritakan dalam al-quran dan hadis akan haram dan bahayanya air arak ini hish!!! air kencing syaitan tu boleh dikira bapa kepada segala maksiat kerana dari minum air arak ni, boleh berlakunya maksiat (zina), dan banyak lagi!!! apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini ya... Happy blogging semua~





p/s : apo nak dikato???

8 Komen:

a n a s t a s y e a said...

Banyak2kan lah amalan di bulan yang mulia ini =)

www.anastasyea.com

shida'R said...

huhu..mcm ni pn ada..mna pergi nilai moral tah..huhu

krole said...

anastasyea=tol wak..insyallah~

krole said...

shida=terlampau terpengaruh ngan budaya barat~

Adzriel @ Liza AB said...

Islam dah tiada makna bagi mereka tu.. moga mereka segera insaf.. saya share kisah ni.
http://adzriel.blogspot.com/2011/08/bila-mabuk-anak-kecil-ganti-memandu.html

deem said...

perghhh...hebat anak muda skng ah...*gelengkepalakirikana*

krole said...

adzriel=jgnla jd spt mereka~

krole said...

deem=tau xpe..inikah penyambung warisan bangsa???