Friday, January 24, 2014

Anggota Bomba Yang Berani

Assalamualaikum semua...ok! sebelum apa-apa krole nak terangkan sikit gambar kat atas ni ya. Bukan apa... takut nanti ada yang buat andaian yang gambar kat atas ni telur dinasour atau yang sewaktu dengannya ahahaha! adakah?. Ok! sebenarnya tu gambar telur ular sawa... nak dijadikan cerita, makcik krole nak renovate sikit dapurnya... nak bagi luas sikit katanya. So dalam proses nak membersihkan tapak yang nak didirikan dapur tu diaorang terjumpa benda bernama telur ular sawa ni. Pergh! besar beb!.

Tanpa membuang masa... makcik krole pun terus menelefon jabatan bomba beaufort untuk melaporkan kejadian yang luarbiasa tu. Bukan apa... kalau dah ada telur... mesti ada ibunya kan? kena besar macam anaconda tak kah jadi masalah tu. Nak tangkap sendiri... hurm... tak cukup lagi ilmu di dada ni ahahaha!. So selang sejam kot... pihak bomba pun tiba... Oya! abaikan individu berjaket hitam tu ahahaha!. 

Serius beb! anggota bomba ni memang berani dan cekap... kejap je diaorang tengok kawasan. "Hah! sini kot tempat ular tu menyorok!" kata seorang anggota bomba yang hensem lagi segak bergaya. Dengan pantas anggota-anggota bomba tadi mengapai peralatan yang berkaitan dan mula bertarung dengan sang ular yang pengacau. Pergh! kata yuna "tiap gambar ada lagunya". Hah! korang tengok je gambar kat atas tu... slumber je diaorang tangkap... eh? kejap-kejap... mana dah orang berjaket hitam tadi? ahahaha! krole lari lintang pukang beb bila ular tu keluar ahahaha!. Apa-apa pun terima kasih tidak terhingga krole ucapkan kepada anggota bomba beaufort yang bertugas tadi. Makcik pun dah boleh tersenyum riang hihihi. Happy blogging semua.



p/s : geli plus takut tengok ular ni~

12 Komen:

smbotak said...

Alamak, brader jaket hitam tu muka macam buat2 berani la! Heheheee...

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole dan family..baby zahrah..sihat..alhamdulillah sedar awal dan terperasan ada telur ular..syukur sangat..moga tidak ada perkara yang tidak elok berlaku..amin..moga Allah lindungi kita semua..PC kalau nampak ular cepat cepat tanggal kasut..biar senang nak lari...huhu..

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum krole...besarnnya telur ular sawa tu, tapi ular tu nampak kecik jer...anak dia ke?

Nurul Farahizzati said...

kalau zizie, mmg tak perasan la tu telur ular sawa.. dalam rumah ni, cuma adik saya yg sorang tu je asyik jumpa ular.. hehehe..

puteri airyn said...

Mana ularnya.. tak nampak pun...??

Wanyob said...

puteri airyn : tukang tangkap gambar dah cabut lari sekali dengan brader hensem berjaket hitam kot.

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...krole,

mselim3 baru pertama kali tgk telur ular sawa..

mselim3

krole said...

Ahahaha.. Tu bkn ibunya... Tak sempat nak snap.. Lari jau2 da krole waktu tu

krole said...

Aha samala sahabatku mselim... Firstime jg tngok ni

krole said...

Tepat tekaan anda wanyob ahhaha.. Gmbar ni pon ehsan dr cousin krole :)

krole said...

Tu.. Yg kat gmbar ktiga...huhu.. Cma gmbar ibu ular tu tak dapat...smua pakat cbut lari.. Bsar sngat

Salam Yahya said...

serahkan pada yg pakar.....abg bomba memang cekap...he3