Wednesday, January 15, 2014

Tukang Tampal Bumbung

Assalamualaikum dan selamat malam semua... alhamdulillah hari ini hujan sepanjang hari... em... kejap-kejap... krole pergi cek kat luar jendela dulu... ok! hujan dah berhenti. Syukur ke hadrat ilahi kerana menganugerahkan kita waktu mustajabnya berdoa sepanjang hari ini. Ok! nak cerita ni... semalam secara rasminya krole menjadi tukang tampal bumbung profesional... diulangi... profesional ya ahahaha!. Sebenarnya semalam mak minta tolong... katanya atap rumah ada bocor. Kena pula sekarangni alhamdulillah hujan setiap hari. So waktu tu juga krole segera ke sana dengan membawa perkakas-perkakas yang berkaitan (amboi).

Nak kata teror tu tak juga... cuma... korang tengok sendirilah gambar tu. Pergh! siap boleh melontarkan senyuman padu lagi kat kamera. Credit to my dearest little brother ahahah!. Ok! sebenarnya krole tak reti juga benda tukang-menukang ni... tapi kalau setakat tampal bumbung rasanya... hentam sajalah... janji mana ada yang berlubang krole tampal... kira ahlil tukang bidan terjun da ni... Alhamdulillah misi semalam berjalan dengan lancar dan jayanya... tadi sempat bertanya kat mak krole... Alhamdulillah "kebocoran bumbung tiada lagi" amboi... macam ayat iklan daia je ahahaha!. Oklah! ada kerja sikit ni so happy blogging semua.


p/s : rasa macam nak ikut kursus pertukangan je... kemahiran tu kan penting~

5 Komen:

Shark Kay said...

Haha..
Bileh dh ni wat keje sampingan.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sekeluarga..terbaiklah..alhamdulillah..ni la masa nak beri bantuan pada ibu bapakan..syukur..tak semua orang boleh panjat bumbung..gayat..anugerah Allah tu..siapa tahu lepas ni ada orang minta bantuan..rezeki juga..amin..

Wan Ahmad Izudean said...

pernah buat kat bumbung rumah nenek dulu...hehe

lepas ni boleh buat kerja sampingan dah krole..hehe

syuk shusuke said...

dah boleh part time keje tu. haha

Sura Mohd said...

kira pandai jugak la ni..ada seni pertukangan..untung mak Krole dpt anak cam Krole..panggil jer terus datang buat..:)