Sunday, January 19, 2014

Zahrah Mencari Ayah

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dapat juga update blog ni lagi hihihi... ok! pagi tadi krole keluar awal dari rumah. Waktu tu baby zahrah belum bangun lagi... sebenarnya adik krole nak berjual sate so dia perlukan teman. Maklumlah percubaan kali pertama... so dengan penuh bersemangat dan berdedikasi serta intergriti (amboi). Krole pun cubalah tolong mana yang terdaya... dipendekkan cerita, alhamdulillah jualan adik krole dapat sambutan yang baik tadi... tapi... krole tak dapat teman beliau sampai ke petang?.

Sebab tengahari tu (lebih kurang nak jam 1 petang). Mrs. krole menelefon krole "bang... boleh balik rumah tak? zara ni macam mencari abang je" pergh! dengan ayat tu je terus krole beritahu kat adik tersayang yang abangnya ni kena balik rumah dalam kadar segera hihihi... Syukur alhamdulillah... waktu krole nak balik tadi pun krole tengok jualannya pun tinggal 9 ke 10 cucuk je (tahniah dik). Dipendekkan lagi cerita yang tak panjang ni hihihi... sampai je krole kat rumah, Mrs. krole dan baby zara dah menanti kat depan... pergh! serius beb! waktu krole keluar dari kereta je... terus baby zara ketawa riang ria (macam mana tu?) hihihi... seronok sangat... terus segala penat lelah tak terasa... so kerja krole tadi petang asyik bermain dengan baby zara je... hurm... alamak! tak ada idea pula nak sambung cerita ni. So happy blogging semua.


p/s : hihihi... ada juga entri tergantung macam ni?

4 Komen:

superVEE said...

Aaa mau gigit itu kaki!! Hahah. So sweet!! Mesti rindu tadi kan :D Hihi..

syuk shusuke said...

cari duit lebih ea abg krole. hehe. chaiyokk !

Wan Ahmad Izudean said...

baby zahrah rindu papanya, kena tinggal sekejap dah rindu ya...hehe

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sefamily..alhamdulillah semoga adik mr krole success dalam perniagaan satay..PC suka satay..memang dari kecik..huhu..sayunya hati bila mrs krole call tu..ermmm baby zahrah cari ayah ye..alololo..PC pun teringin nak merasai begitu..inilah kasih tulus sebuah keluarga bahagia..moga till jannah..amin..