Tuesday, February 4, 2014

Baby Zahrah Aktif Bermain

Assalamualaikum semua... rindu update dari krole tak? aha... mesti rindu kan? (mode perasan). Ok! kali ini nak cerita al-kisah anak kesayangan krole Nur Zahrah atau panggilan manjanya baby zahrah ni hihihi. Alhamdulillah sekarangni baby zahrah dah mula aktif bermain... sekarangni tak ada dah istilah baby zahrah tidur petang... waktu petang ni adalah waktu bermainnya... pummm sana... pummm sini... sambil gelak tawa riang ria ahahaha... dah ayah dan uminya ni pula berpeluh-peluh mengejar dari belakang ahahaha!. 

Stamina baby zahrah ni memang krole tabik spring hihihi... mana taknya... krole ni... tercungap-cungap kejar baby zahrah ke sana-sini tapi anak ayah ni steady je ahahaha... cuba tengok gambar kat atas tu? aha... sempat lagi toleh belakang, mesti kat dalam hati baby zahrah kata macam ni "aik? napa ayah ni? baru 50 round" hahaha!.
Gambar ni buat krole terharu beb!. Waktu ni krole dah surrender kejar baby zahrah so... berhenti rehat sekejap bersama kit kat hihihi... boleh pula waktu ni baby zahrah U-Turn dan menjenguk ayahnya yang tengah kesemputan... ah!!! caringnya anak ayah ni. Cuba tengok muka risau baby zahrah tu huhuhu. Apa-apa pun... seronok bila dapat lihat perubahan anak ni dari masa ke semasa... tak lama lagi rasanya baby zahrah dah boleh berjalan ni hurm... kena banyak bersukan ni... simpan stamina untuk masa tu nanti hihihi. Oklah! that all for now, happy blogging semua.



p/s : moga menjadi anak yang solehah~

2 Komen:

el said...

apa cerita krole
kejap ada kejap xde..bz ke?
ada biz baru mai lah share hahaha

tu baru anak sorg dah tercungap2..iols ni ha nak masuk 4..steady jer hahaha

igt sng ke nk jaga anak
tp berbaloi lah apa sj yg kita alami stress or mslh tgk muka anak hilang rs semua..hahaha

igtkan td..bila bc ayat "tak lama lagi rasanya baby zahrah dah boleh berjalan" boleh nak proceed next baby hahahahaha larikkkkkkkkk kbai

PCL said...

salam Krole,..pcl memang lama x singgah sini... bz dgn anak kamu ye Krol ..bagus lah . Bahagia rasa bila boleh memenuhi masa dengan keluarga terutamanya.. ., Baby membesar depan mata itu yg kita mahukan..